PENDAHULUAN
Kebanyakkan masa pelajar
menjalankan sesi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) adalah di dalam bilik
darjah. Maka, tugas guru sebagai pengurus iaitu mengurus rutin bilik darjah,
mengurus jadual tugasan dan keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif. Kecekapan guru
dalam menjalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan sosioemosi yang
selesa, disiplin kelas yang terkawal dapat meningkatkan keberkesanan bilik
darjah (Mohamad Hisyam, 2006).
ISI-ISI PENTING
Tujuan menwujudkan suasana
kondusif di dalam proses PdPc adalah dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang
baik dan dinamik, pembentukan akhlak dan kemahiran-kemahiran individu. Pelajar
juga lebih bermotivasi. Seterusnya, pengurusan alam pembelajaran penting bagi
memenuhi masa diperuntukkan untuk mengajar, memastikan objektif pengajaran dan
pembelajaran tercapai dan tidak membosankan kerana dapat menerik perhatian
pelajar terhadap pengajaran tersebut.
Oleh itu,
guru perlu bersedia mental dan fizikal sebelum memulakan proses pembelajaran.
Hal ini kerana, pelbagai kemungkinan bakal terjadi sepanjang sesi PdPc di dalam
bilik darjah yang akan menggangu pengajaran guru. Maka, guru perlu
mempersiapkan diri agar tugas mengajar berjalan lancar. Seterusnya, guru perlu
menyediakan teknik-teknik pembelajaran yang efektif. Pembelajaran yang efektif
adalah hasil pembelajaran yang mencapai objektif.
Dalam sesi
PdPc, guru boleh mengaitkan pengalaman-pengalaman sedia ada untuk menyelesaikan
masalah dalam pelbagai keadaan seperti soalan matematik dan sains. Melangkah
abad ke-21 ini, aktiviti PDPc yang menarik perlu dirangka supaya pembelajaran
lebih menarik dan berpusatkan pelajar. Justeru, aktiviti-aktiviti yang
dijalaankan perlulah bermanfaat serta memberi pwluang kepada murid-murid untuk
lebih memahami.
KESIMPULAN
Pengurusan alam pembelajaran
perlu dititikberatkan oleh para guru supaya dapat memupuk minat keluarga.
Segala permintaan maklumat akan berjalan lancar sekaligus meningkatkan
pencapaian para pelajar. Pengurusan alam pembelajaran terbahagi kepada tiga
iaitu sebelum, semasa dan selepas sesi PdPc. Justeru, masalh guru terlebih atau
terkurang masa tidak lagi timbul.
RUJUKAN
Mohamad Hisyam Mohd. Hashim. (2006). Interaksi
dalam sistem pengurusan pembelajaran:
Satu Kajian kes. Tanjong Malim: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiyti
Pendidikan Sultan Idris.