PENDAHULUAN
Satu kaedah menyusun dan
merancang kelas yang terdiri daripada pelajar pelbagai bangsa dan budaya. Ia
amat penting dalam mengurus sekolah pelbagai budaya kerana pengurusan dapat
memberi implikasi kepada semua kakitangan di sekolah-sekolah termasuk guru dan
murid. Budaya yang berbeza di dalam kelas boleh mempengaruhi persekitaran
pembelajaran mereka.
ISI-ISI PENTING
Antara
budaya di sekolah adalah budaya instrumental. Budaya ini mengumpulkan
pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperlukan untuk lulus peperiksaan.
Tujuan budaya ini diketengahkan adalah menghasilkan murid-murid sebagai
warganegara yang baik kerana budaya nilai mengutamakan matlamat masa hadapan
murid-murid (Yahya Don & Yaakob Daud, 2011). Selain itu, budaya eksperif.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan untuk menghilangkan ketegangan serta
mengeluarkan tenaga tanpa sebarang kawalan daripada kakitangan sekolah.
Seterusnya, budaya moral. Tujuan budaya moral adalah menghasilkan murid-murid
bermoral yang berkemampuan membuat pertimbangan tentang beberapa tindakan atau
tingkah laku yang betul atau salah. Contoh budaya yang terdapatdi sekolah adalah
budaya belajar, budaya berpakaian, budaya hormat-menghormati, budaya berani
bertanya, budaya membaca dan budaya penyayang.
Menurut Sufean Hussin (2007), pelbagai budaya ini
terbahagi kepada dua iaitu budaya positif dan budaya negatif. Budaya positif
ialah budaya suka bertanya dan pelajar memberi perhatian di dalam kelas. Budaya
suka bertanya amat baik terutama bagi memastikan pelajar dapat mengetahui
maklumat dengan lebih lanjut dan memahami isi kandungan dengan lebih mendalam.
Tumpuan yang diberikan oleh pelajar pada waktu kelas memudahkan guru mengawal
kelas dan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Bidaya negatif
pula adalah sikap tidak menghormati guru dan ponteng kelas. Hal ini menyebabkan
proses pengajaran dan pembelajaran terganggu.
Selain itu,
budaya ilmu di sekolah pula adalah kewujudan sesuatu keadaan yang setiap
lapisan masyarakat melibatkan diri baik secara langsung mahupun tidak langsung
dengan kegiatan-kegiatan keilmuan dalam setiap kesempatan dan keadaan.
Matlamatnya adalah untuk melahirkan masyarakat yang cintakan ilmu dan kebenaran
serta meletakkan ilmu di tempat tinggi dalam sistem nilai hidup mereka.
Ciri-ciri budaya ilmu adalah usaha memperoleh ilmu melaui pelbagai cara, usaha
mengembangkan ilmu, usaha manusia mengguna dan memanfaatkan ilmu dengan
sebaik-baiknya dan menyentuh secara khusus perhubungan di antara manusia dengan
ilmu.
KESIMPULAN
Sekolah mempunyai budaya
yang tersendiri yang berbeza daripada budaya institusi-institusi lain seperti
penjara atau hospital sakit jiwa. Ini kerana sekoalh wujud sebagi sebuah
institusi sosial lantaran adanya para guru dan pelajar, guru dan murid
berinteraksi dalam menyampai, mengembang dan menambah ilmu. Proses tersebut
telah melahirkan suatu budaya yang dikenali sebagai budaya sekolah. Dalam
perkataan lai, budaya sekolah sebahgian besarnya muncul hasil daripada
interaksi di antara guru dan pelajar.
RUJUKAN
Yahya Don, & Yaakod Daud. (2011). Kompetensi
Kepimpinan budaya dan sekolah berprestasi
tinggi di Malaysia. Kedah: Penerbit Universiti Utara Malaysia.
Sufean Hussin. (2007). Inovasi Dasar Pendidikan:
Perspektif sistem dan organisasi. Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
No comments:
Post a Comment