BAB 8: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA
Definisi Budaya
• Budaya merujuk
kepada ciri-ciri atau hasilan tingkah laku yang dipelajari oleh sekumpulan
manusia daripada persekitaran sosialnya (Amir 2002).
• Budaya adalah
keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan,
kesenian, moral, undang-undang, adat dan sebarang bentuk keupayaan yang diperolehi
oleh seseorang sebagai ahli masyarakat (Tylor 1871).
• Budaya adalah
proses sosial di mana budaya dan struktur sosial adalah saling berkaitan
(Bourdieu 1990).
Definisi Pelbagai Budaya
Satu sistem kepercayaan
dan tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam
kelompok sebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan
sosiobudaya, dan menggalakkan dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam
konteks dan budaya yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat berkenaan.
Teori Sosial Pelbagai Budaya
• Masyarakat yang terdiri daripada individu yang
pelbagai latar belakang agama, etnik, bahasa, dan budaya harus disatukan dalam
satu wadah yang paling dominan.
• Teori ini melihat individu dalam masyarakat secara
hierarki, iaitu kumpulan majoriti dan minoriti.
• Sebagai contoh,
apabila kumpulan majoriti adalah penganut agama A, maka kumpulan minoriti
hendaklah mengikut agama golongan majoriti.
• Teori ini jelas
tidak berpegang kepada prinsip demokrasi
Melting Pot II: Ethnic
Synthesis
• Setiap individu dalam suatu masyarakat yang pelbagai
latar belakang, disatukan dalam satu wadah, dan seterusnya membentuk wadah
baru, dengan memasukkan sebahagian unsur budaya yang dimiliki oleh setiap
individu dalam masyarakat tersebut.
• Identiti agama, etnik, bahasa, dan budaya asli
anggota masyarakat yang pelbagai ini akan membentuk satu identiti yang baru,
lama-kelamaan akan hilanglah identiti yang asal.
• Teori ini tidak sepenuhnya demokratik, kerana hanya
mengambil sebahagian unsur budaya asli individu dalam masyarakat, dan membuang
sebahagian unsur budaya yang lain.
Cultural Pluralism
(Mosaic Analogy)
• Masyarakat yang terdiri daripada individu dari
pelbagai kaum yang mempunyai latar belakang agama, etnik, bahasa, dan budaya
tersendiri, memiliki hak untuk mengekspresikan identiti budaya mereka secara
demokratik.
• Teori ini sama sekali tidak meminggirkan identiti
budaya tertentu, termasuk identiti budaya kelompok minoriti.
PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA
• Kepelbagaian latar belakang individu dalam masyarakat
mempengaruhi kepelbagaian latar belakang para pelajar dalam institusi
pendidikan (Banks, 1989).
• Dalam konteks Malaysia, para pelajar di institusi
pendidikan terdiri daripada pelajar yang memiliki pelbagai latar belakang
berbeza seperti agama, etnik, bahasa, dan budaya.
• Hal ini menunjukkan kewajaran mengenai kepentingan
pendidikan pelbagai budaya.
• Pendidikan pelbagai budaya ialah proses atau
strategi pendidikan yang melibatkan lebih daripada satu budaya, yang
ditunjukkan melalui bahasa, etnik, atau ciri-ciri ras (Saha, 1997).
• Pendidikan pelbagai budaya boleh berlaku dalam
pendidikan formal atau tidak formal.
• Tujuan pendidikan pelbagai budaya adalah untuk
mewujudkan kesedaran, toleransi, pemahaman, dan pengetahuan yang mengambil kira
perbezaan dan persamaan antara budaya dan kaitannya dengan pandangan dunia,
konsep, nilai, keyakinan, dan sikap.
• Pendidikan pelbagai budaya dapat dilihat dari tiga
aspek: konsep, gerakan, dan proses (Banks 1989).
• Dari aspek konsep,
pendidikan pelbagai budaya merupakan idea yang melihat semua pelajar mempunyai
hak yang sama untuk belajar di dalam kelas tanpa membezakan mereka dari segi
jantina, kelas sosial, etnik atau kriteria lain.
• Dari aspek gerakan,
pendidikan pelbagai budaya didefinisikan sebagai usaha untuk mengubah
institusi-institusi pendidikan sehingga pelajar daripada semua kaum, kelas
sosial, jantina dan lain-lain memiliki peluang yang sama untuk belajar.
• Dari aspek proses,
pendidikan pelbagai budaya dapat difahami sebagai proses untuk mencapai tujuan
agar kesamaan pendidikan dapat dicapai oleh semua pelajar.
Dimensi Pendidikan Pelbagai Budaya
• Content integration = mengintegrasikan berbagai budaya dan kelompok
untuk mengilustrasikan konsep asas, generalisasi dan teori dalam mata pelajaran
disiplin ilmu.
• The knowledge construction process = membawa pelajar untuk memahami implikasi budaya ke
dalam sebuah mata pelajaran.
• An equity pedagogy = menyesuaikan kaedah pengajaran dengan cara belajar
para pelajar dalam rangka membimbing prestasi akademik pelajar yang pelbagai
baik dari segi ras, budaya ataupun sosial
• Prejudice reduction = mengenal pasti kriteria dan ciri-ciri budaya
pelajar dan menentukan kaedah pengajaran yang sesuai untuk mereka. Ini adalah
bagi mengurangkan perasaan prejudis terhadap budaya kaum lain.
• An empowering school Culture and Social Structure = melatih kelompok untuk menyertai dalam kegiatan
olahraga, berinteraksi dengan seluruh staf dan pelajar yang berbeza etnik dan
ras dalam membentuk dan memperkasakan budaya sekolah dan struktur masyarakat.
Prinsip Pendidikan Pelbagai Budaya Berkesan
• Pendidikan pelbagai budaya adalah pendidikan asas
untuk menyediakan semua pelajar bagi memberi sumbangan secara maksimum dalam
kehidupan dunia masa sekarang.
• Pendidikan pelbagai budaya harus termasuk dalam
setiap kurikulum.
• Pendidikan pelbagai budaya meliputi tujuan-tujuan
pembelajaran afektif dan kognitif
• Populasi pelajar dengan latar belakang yang pelbagai
akan mengarah kepada pembelajaran yang terbaik bagi setiap individu pelajar.
Pendekatan Pelaksanaan Pendidikan Pelbagai Budaya
• Guru menolong pelajar untuk meningkatkan pencapaian
akademik dalam semua bidang termasuklah kemahiran asas dengan menggunakan bahan
pengajaran yang sensitif dan sesuai dengan latar belakang pelajar.
• Guru memberi perhatian kepada suara hati pelajar.
• Komunikasi secara verbal dan bukan verbal antara
guru dan pelajar hendaklah dianalisis untuk meningkatkan penyertaan pelajar
semasa proses pembelajaran.
• Pelajar perlu merasa selesa dan diterima apabila
mereka membawa identiti budaya mereka ke dalam bilik darjah
• Pengajaran pendidikan pelbagai budaya harus
fleksibel kerana tidak ada satu pun kaedah pembelajaran sesuai untuk seluruh
pelajar.
• Pengajaran pendidikan pelbagai budaya adalah
berpusatkan pelajar, tidak sesuai apabila menggunakan kaedah kuliah.
• Pendidikan pelbagai
budaya berasas kepada prinsip: penghargaan, empati dan kesamarataan
• Cara belajar pelajar dan cara guru mengajar
hendaklah difahami bagi membina dan mengembangkan kaedah pengajaran yang lebih
berkesan.
• Pendidikan pelbagai budaya hendaklah dimasukkan ke
dalam kurikulum secara formal.
Dasar Pendidikan Pelbagai Budaya Di Malaysia
Masyarakat Malaysia
yang terdiri daripada pelbagai kaum hendaklah disatukan di bawah satu bumbung
pendidikan yang berteraskan pelbagai budaya.
Kepentingan memahami kepelbagaian budaya bagi guru
• Guru bertanggungjawab memupuk perpaduan dalam
kalangan muridnya. Dengan adanya
pemahaman terhadap kepelbagaian budaya, guru akan dapat menerapkan unsur-unsur
budaya kepada murid. Murid akan lebih mengenali budaya yang terdapat dalam
masyarakat Malaysia. Nilai menghormati dan menerima budaya orang lain akan
wujud dalam diri murid. Seterusnya mereka akan lebih memahami apa yang boleh
dan apa yang tidak boleh dilakukan dalam masyarakat pelbagai budaya.
• Dalam konteks profesional keguruan, dengan memahami
kepelbagaian budaya, seseorang guru akan lebih bersedia untuk berhadapan
dengan murid daripada pelbagai budaya. Tidak ada prasangka atau prejudis
terhadap diri murid. Guru akan lebih berhemah dan menghormati nilai serta
amalan budaya setempat.
PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA DALAM BILIK DARJAH
Ciri-ciri guru berkesan dalam pendidikan pelbagai
budaya
Banks (1989)
• Sensitif terhadap tingkah laku para pelajar dari
pelbagai latar belakang.
• Sensitif terhadap kemungkinan wujudkan kontroversi
tentang topik yang diajar.
Menggunakan teknik
pembelajaran secara berkumpulan (koperatif) untuk meningkatkan integrasi etnik
dalam pembelajaran
Najeemah (2007)
• Guru mesti tidak
berat sebelah dan perlu berfikiran terbuka.
• Guru perlu jujur dan menghargai alternatif budaya
seperti bahasa, kepercayaan, nilai dan tingkah laku.
• Guru mestilah menganggap bahawa kepelbagaian budaya
memberi manfaat kepada mereka. Dengan pengetahuan yang ada guru dapat memahami
pelajar daripada budaya yang berlainan.
Pengurusan Program Pelbagai Budaya peringkat Sekolah
·
-Kelab Rukun
Negara
· -
Kem Perpaduan
·
-Program Silang
Budaya
· -
Kelab Bahasa ke
3
No comments:
Post a Comment