PENDAHULUAN
Pengurusan bilik darjah
adalah satu proses pembentukkan suatu alam pembelajaran serta usaha untuk
mengekalkannya persekitaran kondusif bagi menjalani proses pengajaran dan
pembelajaran agar objektif yang ditetapkan tercapai (Mok Soon Sang, 2011).
Justeru, suasana pembelajaran yang baik harus diwujudkan dalam bilik darjah
supaya dapat meningkatkan motivasi pelajar dan memperkembangkan sikap
tanggungjawab serta kebolehan untuk membuat perancangan sendiri (Noraini Idris,
2010).
ISI-ISI PENTING
Antara
peranan guru dalam memastikan bilik darjah sentiasa dalam keadaan terkawal
ialah guru perlu mempelajari tentang murid. Sebagai guru, mereka perlu
mendapatan maklumat dan data untuk memahami murid-muridnya kerana mereka
mepunyai latar belakang dan tingkah laku
yang berbeza. Semua perbezaan daripada sikap para pelajar mempengaruhi cara dan
kaedah pengajaran dalam bilik darjah.
Kedua,
merancang persekitaran bilik darjah dan rutin harian. Murid-murid perlu
terlibat dalam menjalankan rutin harian bilik darjah supaya bilik darjah lebih
menarik dan kondusif. Penyusunan sumber dan fasiliti bilik darjah perlu
mengambil kira kekemasan dan ruang pembelajaran agak lebih selesa. Ketiga. Guru
perlu merancang dan menyusun pengajaran pentaksiran. Peruntukan masa yang
sewajarnya perlu bagi topik-topik yang sukar supaya murid dapat memahami topik
dengan lebih baik. Alat pengukuran dan penilaian untuk mengesan dan menguji
pemahaaman serta penguasaan murid terhadap sesuatu topik yang dipelajari.
Ciri-ciri
guru afektif pula mempunyai peribadi yang berkualiti. Peribadi yang berkualiti
penting supaya digemari oleh murid-murid. Seterusnya, kompentensi pengajaran
dan pembelajaran. Guru perlu menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran berkaitan
topik yang hendak diajar. Mereka juga perlu tahu lebih mendalam dan mampu
menghurai dan mengaitkan dengan masalah kehidupan dunia sebenar serta boleh
menyelesaikan masalah yang timbul berkaitan isi kandungan pelajaran. Guru
hendakalan menghayati amalan nilai keguruan. Guru merupakan suri teladan kepada
pelajar. Maka, guru harus mempamerkan sikap dan tingkah laku yang baik kepada
para pelajar.
KESIMPULAN
Pendekatan atau kaedah yang
dipilih oleh guu dalam menguruskan bilik darjah bertujuan bagi memastikan
proses PdPc berjalan lancar. Murid-murid akan lebih seronok, bermotivasi dan
mampu memberi tumpuan terhadap aktiviti pembelajaran yang dijalankan.
RUJUKAN
Mok, S. S. (2011). Psikologi Pendidikan ( 2nd
ed.). Selangor: Penerbitan Multimedia.
Noraini Idris. Penyelidikan dalam Pendidikan.
Kuala Lumpur: McGraw-Hill, 2010.
No comments:
Post a Comment