•Istilah sosiologi telah diperkenalkan oleh Auguste Comte (1798 – 1857) dalam bukunya Positive Philosophy (1842).
•Istilah ini berasal daripada perkataan latin “sosio” bermaksud “berkongsi”
•Istilah ini juga merupakan gabungan perkataan Yunani dan Rom yang bermaksud “pengetahuan mengenai masyarakat”.
Sosiologi adalah kajian saintifik mengenai
TOKOH-TOKOH SOSIOLOGI
- Ibnu Khaldun (1332-1406)
Lahir di Tunisia.
●Menurutnya, sosiologi merupakan bidang
sains yang berdiri sendiri dan memiliki objeknya iaitu peradaban sosial dan
peradaban manusia.
●Mengkaji perkaitan antara institusi sosial seperti politik dan ekonomi
serta meneliti hubungan antara institusi sosial berkenaan.
●Penyelidikan masyarakat secara saintifik dan
empirikal dalam
mencari punca-punca fenomena sosial.
2. Auguste
Comte (1798-1857)
Mengasaskan ilmu Sosiologi (Barat).
● Sosiologi = ilmu sains paling signifikan dan
kompleks berbanding dengan sains lain.
● Memperkenalkan hierarki sains dengan bidang sosiologi berada pada
kedudukan teratas
(ratu).
●. Penyelidikan masyarakat perlu dilakukan secara saintifik dan sistematik.
3.Karl Marx
(1818-1883)
Merupakan ahli falsafah, ekonomi, dan revolusi yang berasal dari Jerman.
- Perubahan sosial bukanlah dipengaruhi oleh nilai atau idea, tetapi dipengaruhi oleh ekonomi.
- Mengkritik sistem kapitalisme – pihak berkemampuan (borjuis) mendominasi ekonomi sementara pekerja (proletariat) terpaksa bekerja dengan borjuis.
4.Emile
Durkheim (1858-1917)
- Berasal dari Perancis.
- Sosiologi hanya boleh dianggap sebagai sains sekiranya pengkaji menfokuskan kajian kepada fakta sosial yang perlu dikaji seperti mana mengkaji benda (kehidupan sosial dapat dikaji seperti objek nyata).
- Dalam masyarakat moden pembahagian tugas akan mengambil alih tugas agama sebagai asas ikatan sosial.
- Anomie (perasaan hilang arah disebabkan keadaan sosial tertentu) menyebabkan masyarakat moden memerlukan moral.
5.Max Weber
(1864-1920)
- Strafikasi bukan disebabkan oleh ekonomi sahaja tetapi adalah multidimensi: ekonomi, status dan kuasa.
- Menganggap agama penting sebagai agen perubahan.
- Konsep ideal type = konsep yang menggambarkan ciri utama sesuatu perkara atau fenomena.
- Idea dan nilai (selain faktor ekonomi) memberi kesan kepada perubahan sosial.
Kajian sosial: manusia perlu ambil kira tentang perilaku
(tidak sama seperti mengkaji sains fizikal).
GEORGE
HERBERT MEAD (1863-1931)
- Beliau adalah seorang ahli falsafah dan ahli psikologi sosial di University of Chicago.
- Beliau menyatakan bahawa manusia berinteraksi satu dengan yang lain secara langsung melalui simbol-simbol. Simbol boleh terdiri daripada perkataan, objek, perlakuan, bahasa.
- Menurutnya interaksi antara individu adalah sangat penting.
Perspektif Sosiologi
Disiplin sosiologi mempunyai perspektifnya yang tersendiri
tentang masyarakat dan tingkahlaku social. Tumpuan perspektif sosiologi adalah
pada tingkah laku masyarakat, memahami corak interaksi dan proses kelompok. Ia
meliputi dua bidang: Mikro sosiologi bersifat kecil dan individu. Makro
sosiologi bersifat besar dan corak organisasi dan kompleks seperti peperangan,
pengangguran. Misalnya, masalah penagihan dadah adalah masalah individu (mikro)
tetapi boleh menyebabkan masalah kecurian dalam masyarakat (makro).
Sosiologi: teori lahir daripada masyarakat yang menjadi
objek dan subjek dalam kajian
MAKSUD PENDIDIKAN
Barat -John Dewey - satu proses perkembangan individu.
- Pendidikan merupakan usaha mengatur ilmu pengetahuan untuk menambahkan lagi pengetahuan semula jadi yang ada padanya, supaya dapat hidup dengan lebih berguna dan lebih selamat lagi.ilmuan Islam - Syed Muhammad Qutb- proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang. Tujuan utama pendidikan ialah untuk memperkembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani manusia ke arah kesempurnaan. Kita boleh melihat pendidikan dari pelbagai perspekti Tidaklah mustahil sekiranya terdapat kelainan antara tafsiran konsep ‘pendidikan’ dari setiap INDIVIDU, termasuklah anda sendiri kerana setiap seorang akan mentafsir pendidikan berdasarkan pengalamannya. Kita boleh melihat pendidikan sebagai satu ‘proses’ dan sebagai suatu ‘produk’ (hasil). Dari segi proses, pendidikan bererti bagaimana seseorang itu diasuh dan diajar; dan kesannya adalah berlaku pembelajaran, iaitu pertambahan pengetahuan dan kemahiran serta perubahan cara berfikir seseorang.
Kajian tentang proses dan hasil pendidikan melibat
berbagai-bagai disiplin ilmu.
Setiap disiplin ilmu memberi tafsiran pendidikan mengikut
perspektifnya.
Berikut ialah contoh tafsiran pendidikan dari perspektif
sosiologi, ekonomi, sains politik dan psikologi.
Perspektif sosiologi
Pendidikan dilihat sebagai satu proses sosialisasi, iaitu
bagaimana ahli masyarakat, terutama generasi muda, diajar dan diasuh secara
formal atau tidak formal untuk menerima pengetahuan, kemahiran, norma dan nilai
sosial, kedudukan dan peranan masing –masing dalam konteks sesuatu masyarakat
itu. Pendidikan juga dilihat sebagai proses ‘pemilihan’ (selection) yang
menentukan kedudukan atau status seseorang dalam susun lapis sosio-ekonomi
masyarakat itu: lebih tinggi pendidikan seseorang lebih tinggi statusnya dalam
masyarakat.
Perspektif antropologi
pendidikan sebagai proses pembudayaan (enculturation) di
mana ahli sesuatu masyarakat mempelajari dan menerima kepercayaan, nilai-nilai,
norma, cara bertindak yang dianggap sesuai dalam masyarakat itu. Seseorang yang
berbudaya ialah seseorang yang menghayati dan mengamalkan nilai dan tingkah
laku yang ‘baik’ dalam masyarakat itu. Dari perspektif ini, proses dan hasil
pendidikan oleh sesebuah masyarakat yang percaya dan memberi tumpuan kepada
pendidikan sains dan teknologi adalah berbeza dengan masyarakat yang
mementingkan pendidikan agama dan tatasusila;
Perspektif ekonomi
pendidikan sebagai satu ‘pelaburan’ (investment), atau
sebagai satu ‘consumption’. Pelaburan dalam pendidikan bererti membelanjakan
wang, masa dan tenaga untuk mendapat pendidikan dan latihan. Ilmu dan kecekapan
yang diperoleh dijangka akan membawa pulangan menguntungkan pada masa
hadapan, melalui pekerjaan yang lebih baik, produktiviti dan pendapatan yang
lebih tinggi. Pendidikan sebagai ‘consumption’ pula menganggap proses dan hasil
mencari ilmu pengetahuan itu hanyalah untuk kepuasan rasa ingin tahu atau
riadah saja.
Perspektif sains politik
pendidikan sebagai proses bagaimana sesebuah negara itu
mendidik dan membina warga negaranya supaya mempunyai sikap dan nilai
patriotisme, mengetahui tentang hak dan tanggungjawab mereka sebagai
warganegara. Kita boleh melihat pendidikan di negara Jepun berjaya melahirkan
rakyatnya yang bangga dengan negara Jepun, begitu juga Amerika Syarikat,
Indonesia, Britain dan Singapura. Negara kita Malaysia juga mendidik generasi
muda supaya memahami aspirasi negara kita misalnya memahami Rukun Negara, tata
susila dan undang-undang negara kita. Murid-murid belajar sejarah dan geografi
negara Malaysia, menyanyi lagu ‘Negara-ku’, mengibar Jalur Gemilang,
menghormati Yang Di- Pertuan Agong, dan sayang kepada alam sekitar negara kita.
Kita dididik secara langsung dan tidak langsung supaya berasa bangga menjadi
rakyat Malaysia.
perspektif psikologi
pendidikan
akar psikologi melihat pendidikan sebagai proses membantu
pembelajaran seseorang murid untuk memperkembangkan potensinya dan membentuk
sahsiahnya. Ada berbagai teori pembelajaran dan pengajaran untuk menerangkan
bagaimana seseorang itu belajar dan boleh dididik. Setiap individu mempunyai
bakat, aptitud dan gaya pembelajarannya yang tersendiri. Dengan itu proses
pendidikan ialah proses memupuk perkembangan potensi, bakat dan sahsiah
murid-murid.
Sosiologi &
Pendidikan
Sosiologi melibatkan manusia oleh itu skop kajian
adalah sangat meluas. Pendidikan dikelilingi dengan unsur kemanusiaan dan pendidik
harus tahu peranan mereka dalam dunia social. Justeru, pendidik perlu tahu
tentang sosiologi kerana mereka berkhidmat di dunia pendidikan yang
dikelilingi masyarakat. Masyarakat sangat berkait rapat dengan sosiologi.
Oleh yang demikian pendidikan dan sosiologi adalah suatu perkara yang sangat
berkaitan antara satu dengan lain. Fenomena-fenomena yang berlaku dalam dunia
pendidikan (termasuk sekolah) perlu dianalisis dalam perspektif sosiologi
No comments:
Post a Comment