Saturday, December 22, 2018

RUMUSAN BAB 13

BAB 13: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN


PENDAHULUAN
Sekolah adalah tempat untuk belajar dan mengajar, tempat menerima dan memberi pelajaran. Sekolah juga dikenali sebagai pusat penyebaran ilmu untuk mendidik anak. Pada mulanya fungsi sekolah terbatas pada beberapa kecekapan seperti menulis, membaca, dan menghitung tetapi pada masa ini, seiring dengan pelbagai perubahan yang dihadapi menyebabkan sekolah menyentuh tentangketrampilan dan mata pelajaran lain. Persekitaran bermaksud kawasan di sekeliling suatu tempat. Ia merujuk tentang suasana sesebuah sekolah. Persekitaran sekolah dipengaruhi oleh perkembangan pelajar di sekolah. 

ISI-ISI PENTING
Dua jenis persekitaran yang dikenalpasti di dalam sekolah adalah persekitaran fizikal dan persekitaran psikososial. Persekitaran fizikal bermaksud kemudahan dan peralatan yang dibekalkan di sekolah. Antaranya adalah suasana bilik darjah yang kondusif penting untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran di bilik darjah. Bangunan sekolah yang cantik, bersih dan ceria memberikan keselesaan dan keceriaan kepada warga sekolah. Persekitaran psikososial pula menyentuh tentang hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya. Ciri-ciri persekitaran psikososial adalah menwujudkan suasana ceria dan selesa kepada guru dan pelajar. Maka, suasana ini dapat merangsang pembelajaran dan pembelajaran secara koperatif. Persekitaran ini bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal.
Bab ini membincangkan tentang sekolah dan masyarakat. Sekolah adalah lambang sosial yang berfungsi untuk mencapai matlamat dan objektif sosial bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi keilmuan dan membentuk pelajar yang bersahsiah serta bertanggungjawab sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Lizawati Yahya, 2009). Pelajar merupakan sebahagian daripada masyarakat dan bakal menjadi pemimpin negara. Masyarakat harus membantu dan bekerjasama dengan sekolah agar apa yang dilaksanakan dan dihasilkan di sekolah sesuai dengan apa yang dikehendaki oleh masyarakat.
Antara tujuan utama dalam menwujudkan hubungan baik antara sekolah dan masyarakat adalah bagi mengembangkan mutu belajar dan pertumbuhan anak-anak dengan aktiviti-aktiviti pelajar bersama masyarakat. Ia juga boleh meningkatkan mutu kehidupan masyarakat dan memperoleh bantuan dari masyarakat dalam pembangunan dan pelaksanaan program sekolah.
Seterusnya, hubungan sekolah dan ibu bapa. Sokongan ibu bapa boleh diperoleh daripada Persatuan Ibu Bapa & Guru bagi menjalinkan hubungan yang erat. Hubungan yang bagi antara kedua-dua pihak dapat menwujudkan komuniti kecil di sekolah dan memudahkan penyertaan dan penglibatan ibu bapa secara sukarela
.
KESIMPULAN
Matlamat sekolah yang berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat diwujudkan dengan jalinan hubungan yang baik antara sekolah dan masyarat dan ibu bapa. Semua perkara ini boleh dicapai melalui sikap pengetua dan guru-guru yang sentiasa hormat-menghormati antara mereka.

RUJUKAN
Lizawati Yahya. (2009). Hubungan persekitaran keluarga dan pencapaian akademik         pelajar tingkatan empat di sekolah menengah. Tanjong Malim: Fakulti Sains   Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2009.

No comments:

Post a Comment

RUMUSAN BAB 14

BAB 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN PENDAHULUAN Kebanyakkan masa pelajar menjalankan sesi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) ada...