Saturday, December 22, 2018

RUMUSAN BAB 4

BAB 4: KEPIMPINAN DAN ORGANISASI



PENDAHULUAN

Organisasi adalah suatu badan yang dianggotai oleh pelbagai individu dengan kelebihan yang pelbagai yang menjalankan tugas dan peranan yang berbeza bagi mencapai matlamat yang sama (Robbins, 2011). Kepimpinan pula adalah kesatuan yang terdiri daripada bahagian-bahagian dalam sesuatu pertubuhan tertentu. Menurut Certo (1989), kepimpinan ialah proses pengarahan tingkah laku orang lain ke arah penyempurnaan sesuatu objektif. Kepimpinan wujud apabila seseorang mendorong, memujuk dan mempengaruhi orang alin untuk mencapai objektif organisasi. Kejayaan organisasi bergantung pasa kepimpinan yang berwibawa dan dipimpin oleh pengetua yang cemerlang. 

ISI-ISI PENTING
Terdapat enam jenis corak kepimpinan di sekolah iaitu iklim terbuka, iklim berautonomi, iklim terkawal, iklim tertutup, iklim biasa dan iklim kebapaan. Iklim terbuka bermaksud guru-guru sentiasa bekerjasama tanpa berkira atau berselisih faham kerana tidak puas hati. Kerjasama yang baik antara guru-guru berada dalam corak kepimpinan ini. Pengetua pula memastikan tugas yang diberi kepada guru dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna. Iklim berautonomi pula adalah sikap bersatu padu dan kerjasama yang baik antara guru untuk mencapai matlamat sekolah. Corak kepimpinan ini juga mengutamakan keperluan sosial berbanding bekerjandan pengetua membenarkan guru-guru berinteraksi secara bebas.
Iklim terkawal pula adalah pengetua mementingkan caranya tersendiri dan mengawal semua perkara. Selain itu, beliau juga bersikap mementingkan pencapaian murid semata-mata daripada keperluan sosial dan berpendapat bahawa tugas guru di sekolah adalah untuk mengajar. Iklim tertutup pula sikap pengetua yang gagal mengarahkan aktiviti guru-guru tidak menjaga kepentingan guru-guru. Sikap antara guru-guru tidak berpuas hati dan berdukacita. Selain itu, iklim biasa. Situasi ini lebih harmoni kerana pengetua mengambil bahagian untuk menwujudkan suasana kekeluargaan. Guru-guru pula sering beramah mesra dan bergembira tetapi mutu kerja mereka adalah rendah. Iklim kebapaan pula adalah iklim atau persekitaran yang tidak produktif. Hal ini keran sikap pengetua sentiasa menjauhkan diri tetapi mengharapkan sesuatu mengikut arahannya. Tambahan pula, pengetua tidak dapat memuaskan keperluan sosial dan pencapaian kerja sekolah.
Di samping itu, jenis-jenis kepimpinan sekolah pula adalah kepimpinan autokratik, kepimpinan demokratik , kepimpinan laissez-faire dan kepimpinan kontigensi. Autokratik ialah interaksi sehala. Contohnya, pengetua memberi arahan kepada guru manakala guru hanya mendengar dan menuruti segala arahnya. Guru-guru tidak diberi peluang kepada guru untuk menyuarakan pendapat atau memberi cadangan. Tujuan kepimpinan autokratik dilaksanakan adalah untuk memastikan guru-guru melaksanakan tugas yang sempurna. Walau bagaimanapun, suasana bekerja seperti ini menjadikan ia lebih tegang dan motivasi para guru menjadi rendah. Kepimpinan demokratik pula ialah interaksi dua hala. Perbincangan dan pertukaran pendapat antara pengetua dan guru-guru diwujudkan bagi mendapatkan suara majotiti. Gaya kepimpinan ini disukai oleh para guru dan staf lain kerana ia banyak berbincang dan membuat keputusan bersama-sama. Ia menimbulkan suasana kondusif dan menyebabkan guru-guru dapat menumpukan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan tenang dan gembira. Kepimpinan laissez-faire pulabertentangan dengan autokratik. Lissez-faire bermakna tidak ada keyakinan diri dan tidak menetapkan matlamat. Guru-guru diberi kebebasan sepenuhnya kepada mereka untuk membuat kepuusan. Penilaian , pujian, kritikan, idea dan nasihat tidak diberikan oleh pengetua kecuali diminta oleh ahli. Pengetua juga berikap tidak memntingkan tudag dan tanggungjawab ahli, tidak menekankan prestasi, pencapaian dan kecemerlangan guru. Kepimpinan kontigensi pula dipengaruhi oleh tiga faktor utama iaitu hubungan antara pemimpin dan anggota, struktur tugas dan posisi kuasa.
Dalam konteks ini, peranan pengetua dilihat besar bagi memastikan segala tenaga dan usaha para guru mencapai program pendidikan yang berkesan. Menurut Hussin Mahmood (1973), keberkesanan sekolah mempunyai pertalian yang erat dengan kepimpinan pengetua dalam bidang pengajaran dan pendidikan. Pengetua sekolah yang efektif akan memberi sokongan dan memajukan aspek pengajaran pembelajaran, berbincang dengan guru tentang hal-hal yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh pelajar, mendiagnosis dan menyelesaikan masalah lain yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, kepimpinan guru perlu bagi mewujudkan iklim yang menuntut pencapaian akademik bagi setiap murid, menentukan kejayaan akademik murid, mengurus kelas secara teratur dan berkesan, melaksanakan amalan pengajaran yang dapat menunjukkan kejayaan dan menyediakan peluang kepada pelajar mengamalkan tanggungjawab dan kepimpinan.

KESIMPULAN
Organisasi dan kepimpinan amat penting dalam sesebuah organisasi. Kepimpinan adalah satu kemahiran yang amat penting bagi mencapai matlamat dalam satu organisasi. Kecemerlangan sesebuah organisasi terletak pada keberkesanan kemahiran kepimpinan. Terdapat beberapa gaya kepimpinan iaitu autokratik, demokrasi, laissez-faire dan kontigensi.

RUJUKAN
Certo, S. C. (1989). Principle of modern management functions and systems.          Massachussets: allyn and Bacon, Inc.
Robbins. (2011). Organizational Bahavior. (14th ed.). Upper Saddle river, N. J.: Prentice   Hall.

No comments:

Post a Comment

RUMUSAN BAB 14

BAB 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN PENDAHULUAN Kebanyakkan masa pelajar menjalankan sesi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) ada...