Saturday, December 22, 2018

RUMUSAN BAB 1


BAB 1: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN
Pada permulaan kami didedahkan dengan beberapa tajuk-tajuk yang akan dibincangkan dalam kuliah. Sesi pembelajaran dimulakan dengan kumpulan yang pertama untuk membentangkan berkaitan tajuk ‘Sosiologi dan Pembelajaran’. Melalui sesi pembelajaran kali ini, guru menerangkan dengan lebih lanjut tentang pengertian sosiologi iaitu mempelajari masyarakat, perilaku masyarakat, dan perilaku sosial manusia dengan mengamati perilaku kelompok yang dibangunnya serta ilmu-ilmu yang berkaitan dengan sosiologi.
       Di samping itu, turut dikaitkan dengan pencetus sosiologi, Augustu Comte yang dikenali sebagai ‘bapak sosiologi’, Emile Durkheim (ilmuwan sosial Perancis), Herbert Spencer (ilmuwan Inggeris) serta Lester F.Ward (ilmuwan Amerika). Ilmuwan tersebut turut mencetuskan tahap-tahap perkembangan intelektual termasuklah tahap teologis, tahap metafisis dan tahap positif. Guru turut meyenaraikan antara ilmuwan besar dalam bidang sosiologi ini. Di samping itu, guru membincangkan tentang sosiologi yang diperkenalkan Augutu Comte termasuklah sosiologi statis dan sosiologi dinamis serta daripada beberapa ilmuwan dalam bidang ini.

       Secara amnya, sosiologi dan pembelajaran penting dalam pendekatan pengajaran guru kerana dengan ini murid mampu membentuk konsep diri yang positif serta meningkatkan kualiti hidup serta daya social pergaulan bersama rakan sebayanya. Sosiologi juga dikaitkan dengan objek iaitu masyarakat yang memerlukan ilmu sosiologi bagi meningkatkan kemampuan seseorang untuk menyesuaikan diri atau beradaptasi dengan lingkungan sosialnya. Setelah selesai membincangkan berkaitan topic yang dipelajari, guru mengadakan aktiviti yang dikenali sebagai ‘kenali rakan anda’. Setiap pelajar diagihkan kepada beberapa kumpulan dengan diberi nombor. Pelajar tidak mengenali antara satu sama lain dalam kumpulan tersebut. Oleh itu, aktiviti ini berupaya membuatkan pelajar tersebut kenal antara satu sama lain. Pelajar diberi kertas dan diminta memberi ‘first impression’ terhadap ahli kumpulan tersebut. Melalui aktiviti yang dijalankan, hal ini dapat dirumuskan bahawa hubungan yang baik dapat diwujudkan sekiranya pelajar memahami pengertian sosiologi dengan baik


No comments:

Post a Comment

RUMUSAN BAB 14

BAB 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN PENDAHULUAN Kebanyakkan masa pelajar menjalankan sesi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) ada...