Saturday, December 22, 2018

BAB 3: PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN


PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN
Definisi Pengurusan
•      Proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan (Stoner,1984).
•      Satu proses mendapatkan kerjasama kakitangan secara berkesan untuk mencapai matlamat (Robbins,1984).
•      Aktiviti sistematik bagi mencari jawapan kepada beberapa soalan khusus tentang sesuatu masalah yang sudah dikenal pasti (Ahmad Mahdzan, 2004).
•      Pengurusan mencakupi bagaimana sumber-sumber seperti kewangan, manusia dan alat-alat digembleng dan digunakan untuk mencapai matlamat organisasi (Shukur,1988).

Kepentingan Pengurusan
  1. Menambah pengetahuan
  2. Meningkatkan mutu amalan kerja guru
  3. Menambahkan produktiviti
  4. Mendapatkan keredaan Allah

Perspektif Pengurusan
1.      Pengurusan Bilik Darjah
·         Melibatkan tindakan guru untuk mewujudkan persekitaran yang menggalakkan interaksi sosial yang positif, mewujudkan penglibatan pembelajaran aktif, dan meningkatkan motivasi kendiri murid (Burden 2003).
·         Usaha mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan di sekolah. Ia juga merujuk kepada kemampuan mengurus perlakuan murid supaya tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran (Ang Jit Eng 2014).
Domain:
·         Memilih satu model falsafah pengurusan disiplin dan bilik darjah
·         Mengorganisasi persekitaran fizikal
·         Menguruskan tingkah laku pelajar
·         Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyokong dan saling menghormati
·         Mengurus dan melancarkan proses pengajaran
·         Menggalakkan suasana bilik darjah yang selamat dan sihat
·         Berinteraksi dengan rakan sekerja, ibu bapa, dan pihak lain untuk mencapai objektif pengurusan pembelajaran

STRATEGI PENGURUSAN PEMBELAJARAN
  1. Berpusatkan Pelajar
    1. Pelajar mengambil alih sedikit tanggungjawab untuk apa yang diajar dan bagaimana ia dapat mempelajarinya.
    2. Murid digalakkan untuk melibatkan secara aktif dalam aktiviti dirancang sama ada secara individu, kumpulan kecil, atau kelas.
    3. Pengajaran dijalankan secara individu atau kumpulan-kumpulan kecil dan tidak dijalankan secara keseluruhan kelas.
  2. Berpusatkan Bahan
    1. Guru menggunakan bahan seperti buku, blok-blok binaan, bahan lukisan, peralatan saintifik, komputer, pusat sumber, dan lain-lain untuk menjalankan pengajarannya.
    2. Bahan pembelajaran yang diperlukan akan disusun mengikut kesesuaian perancangan
    3. Guru berperanan sebagai pembimbing
  3. Berpusatkan  Guru
    1. Guru menguasai proses pengajaran dan pembelajaran.
    2. Guru mengarah pemikiran dan penglibatan pelajar.
    3. Cth: kuliah, penghafalan, menyalin nota, membuat latihan serta soalan-soalan yang diberi oleh guru

Prinsip Pengajaran

Pengurusan Pelbagai Budaya
•      Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya kepada murid
- Penerimaan dan layanan adil
- Pedagogi & strategi pembelajaran
- Pengurusan hubungan
- Pemilihan bahan sumber
•      Program Silang Budaya

Pengurusan Pelbagai Upaya
•      Pemulihan
•      Pengayaan
•      Berkeperluan Khas: pintar cerdas, autisme, disleksia
•      Program Pendidikan Inklusif
•      Program Pendidikan Orang Asli dan Peribumi

PENGURUSAN SEKOLAH
  1. Sekolah merupakan organisasi yang unik dan tidak terdapat pada mana-mana organisasi di dunia (Sharpe 1989).
  2. Keunikan ini memerlukan pengurus yang berpengetahuan dan berkemahiran yang tidak dipunyai oleh pengurus organisasi lain.
Ciri yang menjadikan organisasi sekolah kini paling sukar ditadbir:
  1. Sekolah dan sistemnya adalah organisasi manusia. Klien dan bahan mentahnya manusia, sumbernya manusia dan matlamatnya berkait dengan manusia.
  2. Kumpulan sasaran manusia - kanak-kanak dan remaja yang kompleks dalam period perkembangan mental, fizikal, emosi dan sosial.
  3. Matlamat utama sekolah berkait dengan pendidikan. Pendidikan berkait dengan pembelajaran, perkembangan dan pembangunan diri manusia.
  4. Manusia adalah modal insan atau aset utama sesebuah negara.

  1. Pengurusan sekolah perlu kreatif dan inovatif bagi membentuk organisasi sekolah yang dinamis- pengetahuan baru, budaya saintifik, penyebaran teknologi maklumat dan pembangunan potensi manusia (Abd Rahim Abd Rashid 2001).
  2. Namun, sekolah merupakan institusi yang paling lambat berubah, konservatif dan mengekalkan amalan tradisional yang tidak sesuai dengan kehendak semasa (Senge 2000).
  3. Lantaran itu, pengurusan strategik di kalangan pengurus di sekolah-sekolah amat penting  bagi wujudkan sekolah yang berkesan.

Akta Pendidikan 1996
•      Landasan dan wawasan
•      Sistem pendidikan kebangsaan di semua peringkat
•      Kedudukan bahasa kebangsaan
•      Kurikulum kebangsaan
•      Peperiksaan awam
•      Bahasa kebangsaan sebagai mata pelajaran wajib
•      Pengajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil
•      Bahasa Kaum Asli
•      Kategori Sekolah
•      Menubuh dan menyelenggara tadika
•      Kurikulum untuk tadika
•      Tempoh pendidikan rendah
•      …dan lain-lain

Pengurusan Sekolah

Organisasi Pengurusan & Pentadbiran Sekolah

•      Pengetua/ Guru Besar                                              
•      PK Pentadbiran & Kurikulum/ PK1
•      PK HEM
•      PK Kokurikulum
•      PK Petang
•      PK Tingkatan Enam
•      Kaunselor
•      Organisasi Pengurusan
•      Organisasi Kurikulum
•      Organisasi HEM
•      Organisasi Kokurikulum
•      Ketua Bidang Bahasa, Teknikal & Vokasional, Sains & Matematik, Kemanusiaan
•      Ketua Panitia
•      YDP Alumni Sekolah
•      YDP PIBG

Pengurusan Sumber
•      Pengurusan Bilik-bilik Sumber
•      Pusat Sumber dan Perpustakaan
•      Bilik instruksional
•      Bilik Tayang
•      Bilik BOSS
•      Pembelian bahan-bahan
Pengurusan Bilik Pembelajaran
•      Bilik pembelajaran: bilik darjah, makmal sains, makmal KH, studio lukisan, makmal ICT



Pengurusan Tingkah Laku/Disiplin
•      Pengetua, PK HEM, Kaunselor, Guru Kanan Disiplin, guru-guru disiplin
•      Jenis-jenis salah laku: jenayah, penyalahgunaan dadah/inhalan/racun, buli, rokok, ponteng, lucah, kurang sopan/biadab, vandalisme, tidak amanah, kenakalan, tidak pentingkan masa, kekemasan diri, penglibatan politik
•      Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Pengetua, Guru Besar, Guru Disiplin Dan Guru Sekolah, surat pekeliling ikhtisas, panduan disiplin peringkat sekolah
•      Kategori kesalahan: berat, sederhana, ringan
•      Hukuman: pembuangan, penggantungan, corporal punishment, detention, denda, amaran
•      Program peningkatan disiplin - sekolah
•      Program pembangunan sahsiah diri dan disiplin murid – sekolah & PPD
•      Sistem salah laku disiplin murid – rekod maklumat salah laku disiplin

Pengurusan Bimbingan/Penasihatan
•      Falsafah Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling
•      Rasional dan objektif
•      Carta organisasi dan jawatan kuasa: akademik, kerjaya, sahsiah, ppda
•      Pendekatan: Pencegahan, Perkembangan, Pemulihan, Krisis
•      Kod Etika
·         Fokus perkhidmatan: pembangunan sahsiah, peningkatan disiplin, pendidikan kerjaya, psikososial & kesejahteraan

Pengurusan Kokurikulum
•      Dasar pelaksanaan
•      Carta Organisasi Kokurikulum Sekolah
•      Jenis Gerak Kerja Kokurikulum: Badan beruniform, Kelab & persatuan, Sukan & Permainan
•      Peruntukan masa
•      Penilaian Kokurikulum
•      Lain-lain: uniform, peralatan, laporan, penghargaan

No comments:

Post a Comment

RUMUSAN BAB 14

BAB 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN PENDAHULUAN Kebanyakkan masa pelajar menjalankan sesi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) ada...