Saturday, December 22, 2018

BAB 5: PENGURUSAN MURID


BAB 5: PENGURUSAN MURID

Pengurusan Murid
Pengurusan murid merupakan satu bidang yang penting di sekolah. Hal ini kerana pelaksanaannya di sesebuah sekolah tersebut akan mencerminkan prestasi sekolah. Kepimpinan sekolah seharusnya memainkan peranan yang lebih daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan.

Pengurusan Rekod Murid
  • Pekeliling ikhtisas KPM Bil. 9/1978: Kad Rekod Persekolahan (Pupil’s Cumulative Record Card)
  • Kad Rekod Persekolahan Murid Sekolah Rendah 001R (Warna kuning)
  • Kad Rekod Persekolahan Murid Sekolah Menengah 001M (Warna biru)
  • Kad ini hendaklah digunakan untuk setiap murid sehingga tamat persekolahan
  • Perlu dikemas kini dari semasa ke semasa oleh guru kelas – disiapkan selewat-lewatnya minggu ke-2 Januari.

Inovasi penyimpanan rekod murid
  • 1978 : Kad 001
  • 2005 : Sistem Maklumat Murid (SMM)
·         Ms Access
·         Stand-alone dan offline
  • 2012 : Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)
·         Online
·         Sharing dengan ibu bapa
·         Dihubungkan dengan KPM, JPN, SAPS, dan SSPBS
  • 2015 : Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)
·         Modul Pengurusan Sekolah - EMIS
·         Modul Pengurusan Murid – APDM – e-Kehadiran & maklumat Murid
·         Modul Pengurusan Guru – e-operasi

Pemansuhan Kad 001

  • Pekeliling Ikhtisas KPM Bil. 1/2017: Pemansuhan Kad Rekod Persekolahan 001R dan 001M
  • Pemansuhan penggunaan kad 001 bermula 1Januari 2017
  • Semua maklumat murid disimpan dalam talian

Peranan guru kelas

  • Mengisi dan mengemas kini maklumat murid, ibu bapa dan penjaga.
  • Memastikan murid keluar masuk sekolah dikemas kini.
  • Menyemak dan membetulkan ralat.
  • Melaporkan kehadiran harian murid kepada Penolong Kanan HEM dan Pembantu Tadbir (PT).

Peranan Guru Data

  • Membantu mengumpul, mengunci masuk data, memproses, menyimpan, mencetak, menghantar maklumat mengikut kaedah yang ditetapkan oleh KPM dalam pengurusan data/modul dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS). 
 
Kepentingan Rekod Murid

  1. Memantau kemajuan murid
  2. Menjalin hubungan antara guru-ibu bapa, di mana kedua-dua pihak boleh menilai laporan kemajuan murid.
  3. Membantu KPM mengenal pasti latar belakang dan pencapaian murid dalam satu kawasan
Kepentingan maklumat murid kepada guru
  • Mengenal pasti keperluan murid berdasarkan latar belakang, pencapaian akademik, dan kehadiran
·         Memerlukan bimbingan khas
·         Bantuan kewangan
  • Menentukan aktiviti/pengalaman pembelajaran yang sesuai dengan perkembangan, minat dan pencapaian murid.

PENGETAHUAN MENGENAI KEPERLUAN MURID

  • Kepelbagaian latar belakang juga menandakan wujudnya pelbagai keperluan berbeza antara setiap murid dalam bilik darjah.
  • Guru perlu sentiasa peka terhadap keperluan murid. Adakah muridnya lapar, tidak cukup tidur, berasa selamat, dan cukup kasih sayang?
  • Pengetahuan ini membantu guru merancang & mengurus keperluan murid agar lebih bersedia mengikuti P&P.
  • Bagaimana guru dapat mengenal pasti keperluan murid-muridnya.
  • Pengetahuan mendalam mengenai teori perkembangan dan psikologi.
  • Pengetahuan mengenai latar belakang murid berdasarkan rekod-rekod pembelajaran, kesihatan, kehadiran dll.
  • Pemerhatian sistematik dalam bilik darjah dan semasa P&P
·         Pemantauan tingkah laku murid dalam beberapa situasi berbeza


PERBEZAAN MURID

1.      PERBEZAAN JANTINA


·           -Lelaki dan perempuan mempunyai perkembangan biologi dan fizikal yang berbeza.
·                      - Pertumbuhan peringkat remaja, perempuan berkembang lebih pesat dan mencapai kedewasaan berbanding lelaki.
·                      -Masalah kesediaan belajar berpunca daripada pengaruh nilai kebudayaan terhadap jantina.
·                       -   Guru harus menyedari perbezaan jantina semasa membuat rancangan pelajaran


2.      PERBEZAAN KADAR PERTUMBUHAN FIZIKAL
·         Setiap individu mempunyai corak petumbuhan unik.
·         Kanak-kanak dalam kumpulan umur yang sama tidak mempunyai kebolehan yang sama.
·         Masalah kepada guru dalam merancang pelajaran yang dapat memberi kepuasan kepada murid.

3.      PERBEZAAN PERKEMBANGAN MENTAL
·         Walaupun berada pada peringkat umur yang sama, tetapi murid-murid mempunyai corak perkembangan mental yang  berbeza.
·         Wujud secara semula jadi.
·         Guru menghadapi masalah melayani murid mengikut perbezaan yang wujud.

4.      PERBEZAAN MINAT & KECENDERUNGAN
·         Murid yang berminat akan mencapai prestasi yang cemerlang dalam pembelajaran dan sebaliknya.
·         Walaupun wujud perbezaan ini, murid masih ditempatkan dalam kelas atau aliran yang sama.
·         Guru menghadapi masalah dalam memilih isi kandungan, bahan, dan alat bantu mengajar.

5.      PERBEZAAN  STATUS SOSIOEKONOMI
·         Pelbagai status sosioekonomi membina keyakinan diri yang berbeza.
·         Murid-murid yang datang daripada latar belakang keluarga yang miskin kurang menceburkan diri secara aktif semasa proses pembelajaran.

6.      PERBEZAAN KECERDASAN  INDIVIDU
·         Kebolehan yang berbeza dalam bidang tertentu. 
·         Seorang murid yang cerdik tidak semestinya pandai dalam serba serbi. Guru tidak boleh menggolongkan murid sebagai ‘pandai’ dalam satu bidang pengajaran semata-mata.
·         Perancangan pelajaran perlu mengambil kira masalah perbezaan kecerdasan yang wujud dalam diri individu.


Kesediaan Belajar

Keadaan diri murid yang membolehkannya memperoleh pengalaman pembelajaran yang baharu
·         Berkait rapat dengan mental untuk  memahami dan juga berfikir.
·         Perkembangan mental bergantung kepada umur seseorang.
·         Sikap, keinginan, ketekunan, perasaan, minat dan nilai untuk menerima pelajaran yang akan disampaikan.
·         Pelajar yang bersikap positif dan berminat terhadap pelajaran akan memainkan peranan yang aktif dan agresif dalam aktiviti itu.
·         Penguasaan kemahiran  fizikal termasuklah perkembangan fizikal  merangkumi fungsi anggota dan pengawalan, penyelarasan, penggerak, di dalam seluruh tubuh badan.
·         Penguasaan kesediaan psikomotor adalah bergantung kepada kesediaan kognitif serta kesediaan afektif pelajar.


MEMOTIVASIKAN PELAJAR
Konsep Motivasi…
·         Tingkah laku untuk mencapai keinginan
   dalam diri.
·         Akan membangkitkan respond untuk
  mencapai tujuan yang ingin dicapai pada
  akhirnya.
  • Bantuan  daripada guru menyebabkan
  murid sentiasa berusaha bersungguh
  -sungguh.



Hubungan Motivasi Murid dan Pembelajaran               
Murid motivasi Rendah
  •  aktiviti berbentuk
    tidak mencabar.
  • Tidak peduli
   tentang prestasi
   diri.
  • Pasif dan malas
   dalam
   pembelajaran.

Murid Motivasi Tinggi
  • Aktiviti sentiasa
   berbentuk
   mencabar.
  • Sentiasa
   menyemak
   prestasi diri.
  • Kritis dan kreatif
   dalam
   pembelajaran

No comments:

Post a Comment

RUMUSAN BAB 14

BAB 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN PENDAHULUAN Kebanyakkan masa pelajar menjalankan sesi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) ada...