PENDAHULUAN
Dalam tajuk ini,
perbincangan dilakukan terhadap pengurusan yang dijalankan khusus kepada
pelajar berkeperluan khas iaitu pelajar kurang upaya. Menurut McDevitt, T.M.,
& Ormrod, J.E. (2010), manusia yang dilahirkan di muka bumi tidak semua
memiliki kesempurnaan dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial dan
olonganini iaitu golongan berkeperluan khas. Individu ini merupakan individu
yang mempunyai masalah dari segi pembelajaran, cacat bahasa, cacat penglihatan
dan lain-lain yang berpunca daripada kesihatan serta termasuklah pelajar yang
memiliki pelbagai upaya iaitu pintar cerdas.
ISI-ISI PENTING
Pelajar
berkeperluan khas terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu pelajar yang
mempunyai masalah pembelajaran, kecacatan bahasa dan percakapan, gangguan
emosi, autisme, pelajar pintar cerdas, dan mengalami kecacatan mental, anggota,
pendengaran dan lain-lain. Dalam konteks ini, guru-guru perlu membahagikan
murid-murid dalam mengikut kesesuaian bilik darjah. Pertama, pelajar yang hanya
mempunyai masalah pembelajaran boleh ditempatkan di dalam bilik darjah biasa di
bawah pengawasan guru pendidikan khas dan guru biasa. Seterusnya, bilik sumber
bagi membolehkan pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran mendapat kebaikan
daripada pengajaran yang spesifik, pada masa yang sama mengekalkan integrase
dengan rakan-rakan sebaya di sekolah. Guru bilik sumber merupakan seorang yang
cekap dalam membina pengajaran individu serta bekerjasama dengan ibu bapa
secara efektif. Bilik darjah berasingan pula dikhaskan kepada pelajar yang
mempunyai masalah pembelajaran dan guru harus mengajar secara langsung mengikut
susunan yang betul. Contoh dan ilustrasi untuk menunjukan konsep perlu
diketengahkan. Dalam pengurusan bilk
darjah pula, guru perlu bersikap menempatkan mereka di tempat duduk hadapan
atau berdekatan dengan guru. Segala maklumat dan kata kunci yang penting
ditulis di papan hitam dan cara penyampaian ilmu harus disokong dengan visual
supaya dapat menarik minat pelajar.
Di samping
itu, pemulihan bermaksud perbuatan memulihkan pengembalian kepada keadaan
semula. Dalam kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat (2005), pulih ditakrifkan
sebagai kembali seperti biasa (sedia kala). konsep pendidikan khas adalah
pengajaran pemulihan yang berdasarkan kepada diagnosis kelemahan dan kesulitan
yang dihadapi murid-murid. Tujuan program diadakan ialah menguasi kemahiran 3M,
meneruskan pembelajaran di kelas biasa, dan menambahkan sikap yakin dan positif
pelajar.
Pengayaan
bermaksud aktiviti yang kompleks di dalam atau luar dewan. Tujuan pengayaan
adalah meningkatkan minat dan daya kreativiti, melahirkan pelajar yang selalu
berniat ingin tahu terhadap kemahiran yang dipelajari dan memupuk kepimpinan
murid dalam keadaan penuh yakin.
Terdapat
dua contoh masalah pelajar berkeperluan khas iaitu disleksia dan autistik.
Disleksia bermaksud ketidakupayaan untuk belajar berkaitan masalah saraf yang
mempengaruhi kelancaran dan ketepatan untuk membaca, bertutur, atau mengeja.
Pengubahsuai harus dilakukan oleh guru dalam bilik darjah seperti bahan
pengajaran yang sesuai, pengajaran interaktif dan pengubahsuaian melibatkan
pencapaian murid.
Autistik
pula bermaksud masalah yang berlaku dalam proses perkembangan otak manusia yang
akan mempengaruhi fungsi otak serta meningalkan kesan terhadap tingkah laku,
perhubungan dan interaksi, dan komunikasi. Maka, antara kaedah pembelajaran
yang boleh dirancang fguru adalah menyediakan nota-nota dan kad sebagai alat
bantu mengajar, memaklumkan pelajar lain akan masalah yang dihadapi oleh rakan
mereka agar semua pelajar dapat menerima kehadirannya, dan jauhkan mereka
daripada alat yang boleh mencederakan.
KESIMPULAN
Pelajar pelbagai upaya
memerlukan pengajaran pada kelajuan yang sesuai, kerja kognitif yang
berpatutan, standard prestasi yang realistik dan peluang yang sesuai untuk
mereka mencapai potensi. Oleh itu, kepimpinan sekolah perlu memainkan peranan dengan
membantu ramai individu yang pelbagai upaya untuk turut berjaya dalam akademik
dan kokurikulum.
RUJUKAN
McDevitt, T.M., & Ormrod, J.E. (2010). Child
development and education (4th ed.). Upper Saddle River, NJ: Pearson Education.
No comments:
Post a Comment