Saturday, December 22, 2018

RUMUSAN BAB 7

BAB 7: PENGURUSAN SUMBER


PENGENALAN
Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi berkesan sekiranya aspek pengurusan sumber dititikberatkan. Sumber bermaksud satu set bahan atau sistem yang diwujudkan dengan bertujuan untuk membolehkan pembelajaran seseorang pelajar. Sumber juga boleh didefinisikan sebagai segala bahan yang terdapat di persekitaran, lalu digunakan sebagai bahan bantu mengajar. Pengurusan ialah satu proses sosial dibentuk untuk mendapatkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli dalam sesebuah organisasi untuk mencapai sesuatu maklumat atau objektif yang paling berkesan, maklumat ini disokong oleh pandangan yang menyatakan bahawa kecekapan pentadbiran akan menyumbang kepada matlamat organisasi (Morphet et al, 1982). Oleh itu, perlu diketahui bagaimana cara untuk menguruskan sumber-sumber ini. Terdapat banyak jenis sumber yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti sumber berasaskan manusia, bahan cetak, bahan bukan cetak dan bahan persekitaran. 

ISI-ISI PENTING
Terdapat banyak jenis sumber yang boleh digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, antaranya ialah sumber berasakan manusia , bahan cetak, menggunakan pancaindera, bahan pandang dengar dan sumber berasaskan komputer.

1. Sumber berasakan manusia
-rakan sebaya
-guru
-pakar bidang
2. Bahan cetak
-pengawai sumber
-buku teks
-buku
-majalah
-jurnal
-surat khabar
-kamus
3. Paincaindera
-menyentuh
-melihat
-merasa
-mendengar
4. Bahan pandang dengar
-radio
-televisyen
-video
5. Komputer
-disket
-cakera padat
-Internet

Berdasarkan senarai di ats, dapat disimpulkan bahawa sumber berasaskan manusia dapat melatih murid supaya kemahiran kognitif terhasil daripada interaksi sosial dengan rakan sebaya. Perkembangan mental murid terhad disebabkan oleh sistem biologi yang belum berkembang dan matang. Walaupun begitu persekitaran dan sistem lingkungan budaya murid membantu mereka mengapdaptasikan perkembangan kognitif. Setiap budaya menerapkan cara hidup dan cara berfikir kepada rakan sebaya bagi kehidupan mereka.
Sumber beasakan bahan cetak pula dapat membantu murid memahami dengan lebih jelas. Ia adalah kerana gambar mampu membina set-set di dalam stor ingatan seseorang samada dalam jangka masa panjang mahupun ingatan jangka masa pendek. Sumber bahan bercetak tidak bergambar pula merupakan sumber seperti graf, peta dan tanda isyarat. Penggunaan bahan cetak tidak bergambar ini dapat merangsang pemikiran  pelajar untuk menafsir maklumat yang diperolehi.
Pancaindera merupakan bahan sumber untuk memperolehi maklumat. Hal ini kerana, manusia belajar dengan kadar 11% menggunakan pancaindera mendengar dan 83% menggunakan kaedah melihat. Namun dengan kaedah ini, keupayaan individu untuk mengingat hanyalah 20% apa yang didengar dan 50% yang didengar dan dilihat. Penglibatan pelajar secara langsung mampu untuk mendedahkan mereka kepada pengalaman-pengalaman yang baru. Pengalaman-pengalaman yang baharu ini membantu pelajar untuk memahami kerana deria melihat lebih banyak membantu pemahaman seseorang.
Bahan pandang dengar merangkumi televisyen, radio, dan video. Penggunaan televisyen di dalam pembelajaran dapat membantu merangsang pemikiran pelajar. Iringan muzik dapat menarik minat pelajar untuk terus mendengar dan melihat.
Sumber bahan dari komputer dapat meningkatkan tahap perkembangan pelajar. Sebagai contoh, internet membantu pelajar mengkaji dengan lebih mendalam berkenaan sesuatau maklumat. Ini meningkatkan tahap keupayaan seseorang individu dalam mengolah sesuatu maklumat.
Justeru, pengurusan pusat sumber memainkan peranan yang besar dalam memudahkan perancangan dan pelaksanaan program pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Hal ini kerana pusat sumber dilengkapi dengan bahan bacaan dan rujukan yang banyak untuk kegunaan para pelajar dan guru. Seterusnya, guru pusat sumber harus sentiasa peka dan kreatif dalam menyedia dan mempromosi bahan bacaan berkualiti supaya pelajar-pelajar lebih seronok untuk membaca. Kemudahan Internet untuk mengakses bahan bacaan di pusat sumber atau di medium lain perlu disediakan agar pembangunan profesional di dalam dan di luar sekolah dapat dibangunkan.
Antara elemen penting dalam pengurusan sumber dalam bilik darjah ialah perancangan, pengorganisasian, kepimpinan, dan pengawalan. Setiap sistem pengorganisasian perlu dirancang dengan visi, matlamat, objektif, polisi, dasar, dan membuat keputusan supaya segala urusan dapat dikendalikan dengan baik. Sistem pengorganisasian pula berkaitan dengan pembahagian tugas guru-guru, penurunan kuasa, dan penghubungan dalam organisasi. Kepimpinan yang baik penting dalam memastikan arahan terhadap tugas dan kerja dapat dijalankan dengan baik. Pemantauan dan penilaian terhadap kualaiti kerja harus dilakukan bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan tugas.
Dalam pengurusan pusat sumber, terdapat beberapa kelebihan yang diperoeh daripada pengurusan sumber yang baik dalam pusat sumber. Antara kelebihan yang diperoleh adalah daapat menarik minat pelajar untuk menggunakan pusat sumber. Kedua, memudahkan guru dan pelajar untuk berurusan di pusat sumber dan pelaksanaan aktiviti yang terancang dan berkesan. Di samping itu, kemudahan infrastruktur meningkatkan keselesaan dan keseronokan pelajar.
Namn begitu, kelemahan yang dikenalpasti dalam pengurusan ini adalah kekurangan latihan dan kepakaran daripada guru. Kekangan masa oleh penyelaras pusat sumber untuk menguruskan pusat sumber disebabkan oleh jumlah waktu mengajar yang banyak. Guru-uru juga terbeban dengan ketiadaan kakitangan untuk membantu proses rutin harian di pusat sumber.

KESIMPULAN
Pengurusan sumber adalah satu aspek yang memainkan peranan yang sangat penting di sekolah. Pusat sumber di setiap sekoalh akan menjadi tumpuan guru-guru dan murid-murid untuk mencari bahan-bahan rujukan pengajaran dan pembelajaran.


RUJUKAN
Morphet, Edgar L., Johns; Roe L. and Rellet; The odbre L. Educational_Orcanization and             Administration, 4th ed. Englewood Cliffs, NJ: Prentide=Hall, Inc. 1982;

No comments:

Post a Comment

RUMUSAN BAB 14

BAB 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN PENDAHULUAN Kebanyakkan masa pelajar menjalankan sesi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) ada...