PENDAHULUAN
Penasihatan murid berkait
rapat dengan kaunseling. Menurut (Mansur Abdulah & Nordiana Mohd Tamin,
2010), kauseling merupakan perbincangan mengenai masalah biasanya berbentuk
emosional antara dengan kaunselor dengan klien dapat menyelesaikan masalahnya
dengan lebih baik. Pelbagai pendekatan yang dilakukan bagi membantu murid-murid
di sekolah bagi menangani kemelut dan permasalahan yang sedang dihadapi oleh
murid-murid. Antaranya ialah melalui kaedah bimbingan, penasihatan dan
mentoring.
ISI-ISI PENTING
Strategi
dan teknik penasihatan yang sering dirujuk oleh pendidik adalah pendekatan
afektif, pendekatan behavioural, dan pendekatan kognitif. Menurut Sapora Sipon
& Wan Anor Wan Sulaiman (2002), afektif ialah teknik kerusi kosong dan
teknik raptai manakala pendekatan behavioural adalah latihan bertenang melalui
maklum balas biologi, hypnopsis, meditasi, program pengurusan kendiri, latihan
autogenik, mengajar kawalan badan dan fungsi imaginasi melalui saranan kendiri.
Pendekatan kognitif pula adalah kaedah mempertikai, membahas, mencabar,
mengajar dan menjelaskan sesuatu masalah.
Cara-cara
penasihatan digunakan ialah berfokuskan kepada pelajar yang bermasalah dengan
menyelami psikologi atau keadaan murid. Seterusnya, kaunselor akan memberi
nasihat dalambentuk arahan dan rangsangan. Mereka juga akan mengikuti
perkembangan murid dan membenatu murid membuat keputusan. Penasihatan,
mentoring dan bimbingan mempunyai maksud dan definisi yang berbeza. Penasihatan
adalah berfokuskan kepada masalah yang dihadapi pelajar. Ia berbentuk suruhan
dan arahan dan kaedah ini merupakan cara paling efektif dalam menyelesaikan
masalah. Mentoring pula adalah proses membantu daripada individu yang lebih
berpengalaman. Oleh itu, pelajar dapat menginspirasikan individu tersebut bagi
terus keluar dalam kemelut masalah mereka. Bimbingan pula adalah proses
membantu individu dengan memahami dan mengenali dunia mereka. Dalam proses ini
, kaunselor akan membantuk untuk membuat pilihan yang tepat.
Perbezaan
antara kaunseling dan penasihatan yang dapat dikenalpasti adalah kaunseling
berfokuskan kepada individu bermasalah manakala penasihatan adalah berfokuskan
kepada masalah yang dihadapi pelajar. Golongan yang lebih mahir atau terlatih
akan mengendalikan slot bersama pelajar bagi kaunseling di samping penasihatan
boleh diberi oleh mana-mana guru kepad pelajar-pelajar. Pemantauan dan masa
yang lebih lama diperuntukan bagi kaunseling manakala masa yang singkat dan
tiada pemantauan diperlukan bagi penasihatan.
Seterusnya,
pendekatan bagi mentoring pula adalah guru-guru perlu mengenal pasti pelajar
yang agresif (destruktif) lalu mengadakan program. Program yang dijalankan
bertujuan membinbing murid-murid supaya menyalurkan perasaan marah kepada
sesuatu yang membina. Siakap ambil tahu dan prihatin penting dalam konteks
mentoring. Elakkan mengenakan hukuman fizikal seperti merotan, berdiri di bawah
terik matahari dan lain-lain.
KESIMPULAN
Penasihatan merupakan salah
satu daripada bebrapa mekanisme untuk membantu individu yang menghadapi
masalah. Nasihat yang diberikan merupakan kaedah menyelEsaikan masalh tanpa
memikirkan perasaan individu yang terlibat.
RUJUKAN
Muhamad Mansur Abdullah, & Siti Nordiana Mohd
Tamin. (2010). Pengantar Kaunseling
(Edisi Kedua.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sapora Sipon, & Wan Anor Wan Sulaiman. (2002). Pengantar
Kaunseling. Petaling Jaya: Prentice
Hall.
No comments:
Post a Comment