BAB 13: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN
Faktor luaran dan
dalaman sekolah
• Di sekolah, tiga pihak yang secara langsung terlibat
dalam jalinan interaksi ialah pihak pentadbir, guru, murid.
• Tiga dimensi interaksi dengan pihak luar melibatkan
sekolah, ibu bapa, dan komuniti dalam masyarakat.
• Terdapat hubungan antara faktor-faktor luar sekolah
dengan faktor-faktor dalaman sekolah.
• Misalnya faktor-faktor seperti kelas sosial, etnik,
dan gender, mempengaruhi corak pembelajaran dan sahsiah murid di sekolah.
• Faktor-faktor dalaman sekolah seperti gaya
kepimpinan, peranan para guru, dan bentuk interaksi yang berlaku menyumbang
kepada pencapaian dan sahsiah murid di sekolah.
• Bagi interaksi dalaman sekolah, situasi pengajaran
dan pembelajaran ditentukan oleh kepimpinan yang berkesan. Kepimpinan yang
berkesan mampu mencapai matlamat masyarakat terutama dari segi pencapaian
akademik dan sahsiah.
• Pengetua harus mempunyai interaksi yang positif
dengan guru-guru dan begitulah sebaliknya.
Hubungan antara pihak
sekolah dengan pihak di luar sekolah
• Terdapat bentuk-bentuk hubungan interaksi antara
pihak sekolah dengan pihak-pihak di luar sekolah terutamanya ibu bapa, penjaga,
komuniti-komuniti dalam masyarakat.
• Pengetua adalah individu yang secara idealnya perlu
merintis pembinaan hubungan yang baik dengan luar sekolah, dan dibantu oleh
guru-guru lain di sekolah.
• Misalnya, interaksi yang baik dalam PIBG dapat
membantu menjayakan program-program sekolah.
• Pengetua boleh melibatkan komuniti-komuniti sekitar
dalam menjayakan aktiviti-aktivitinya.
Perkongsian Pintar
Hubungan tiga dimensi antara sekolah, ibu bapa dan masyarakat:
• mencapai matlamat atau objektif yang sama
• perlu ada hubungan yang mantap dan akrab
• gabungan strategik yang membawa faedah sinergi kepada semua pihak yang
terlibat
Matlamat Perkongsian
a. Sekolah sebagai sebuah institusi sosial
tidak wujud bersendirian.
b. Sekolah sebagai sebuah
institusi sosial yang kompleks, (tidak perlu timbul keraguan dan salah faham.)
c. Memerlukan keprihatinan
dan permuafakatan antara pihak sekolah dan masyarakat dalam mengatasinya
Kepentingan Perkongsian
• Masyarakat dan Sekolah: Saling memerlukan
• Sekolah sebagai agen perubahan masyarakat
• Masalah masyarakat merupakan masalah sekolah juga.
• Budaya adalah hak masyarakat.
Hubungan Sekolah & Ibu Bapa (PIBG)
• Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.
• Salah satu peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah sebagai orang
tengah antara guru dan ibu bapa.
• Tindakan PIBG membela nasib guru: (bersemangat dan selesa ketika bertugas)
• Hubungan yang mesra ini mampu melenyapkan prasangka antara ibu bapa
dengan guru.
• Perbincangan boleh diadakan dari semasa ke semasa dengan pihak sekolah demi mengatasi sebarang kelemahan dan masalah yang
dihadapi.
• Kepakaran dan pengalaman anggota
masyarakat amatlah dialu-alukan.
• Penglibatan aktif PIBG dapat mencabar minda, menarik minat dan memberikan
motivasi yang tinggi kepada pelajar.
• Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) adalah sebuah organisasi yang
penting terhadap perkembangan sesebuah sekolah.
• Peranan dan tanggungjawab PIBG di sesebuah sekolah memberi kesan kepada kemajuan dan pencapaian sekolah.
• Pengurusan PIBG yang cemerlang akan melahirkan sekolah yang terbilang.
No comments:
Post a Comment