Saturday, December 22, 2018

RUMUSAN BAB 14

BAB 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN


PENDAHULUAN
Kebanyakkan masa pelajar menjalankan sesi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) adalah di dalam bilik darjah. Maka, tugas guru sebagai pengurus iaitu mengurus rutin bilik darjah, mengurus jadual tugasan dan keadaan fizikal bilik darjah  supaya menjadi lebih kondusif. Kecekapan guru dalam menjalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan sosioemosi yang selesa, disiplin kelas yang terkawal dapat meningkatkan keberkesanan bilik darjah (Mohamad Hisyam, 2006).

ISI-ISI PENTING
Tujuan menwujudkan suasana kondusif di dalam proses PdPc adalah dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang baik dan dinamik, pembentukan akhlak dan kemahiran-kemahiran individu. Pelajar juga lebih bermotivasi. Seterusnya, pengurusan alam pembelajaran penting bagi memenuhi masa diperuntukkan untuk mengajar, memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai dan tidak membosankan kerana dapat menerik perhatian pelajar terhadap pengajaran tersebut.
Oleh itu, guru perlu bersedia mental dan fizikal sebelum memulakan proses pembelajaran. Hal ini kerana, pelbagai kemungkinan bakal terjadi sepanjang sesi PdPc di dalam bilik darjah yang akan menggangu pengajaran guru. Maka, guru perlu mempersiapkan diri agar tugas mengajar berjalan lancar. Seterusnya, guru perlu menyediakan teknik-teknik pembelajaran yang efektif. Pembelajaran yang efektif adalah hasil pembelajaran yang mencapai objektif.
Dalam sesi PdPc, guru boleh mengaitkan pengalaman-pengalaman sedia ada untuk menyelesaikan masalah dalam pelbagai keadaan seperti soalan matematik dan sains. Melangkah abad ke-21 ini, aktiviti PDPc yang menarik perlu dirangka supaya pembelajaran lebih menarik dan berpusatkan pelajar. Justeru, aktiviti-aktiviti yang dijalaankan perlulah bermanfaat serta memberi pwluang kepada murid-murid untuk lebih memahami.

KESIMPULAN
Pengurusan alam pembelajaran perlu dititikberatkan oleh para guru supaya dapat memupuk minat keluarga. Segala permintaan maklumat akan berjalan lancar sekaligus meningkatkan pencapaian para pelajar. Pengurusan alam pembelajaran terbahagi kepada tiga iaitu sebelum, semasa dan selepas sesi PdPc. Justeru, masalh guru terlebih atau terkurang masa tidak lagi timbul.

RUJUKAN
Mohamad Hisyam Mohd. Hashim. (2006). Interaksi dalam sistem pengurusan        pembelajaran: Satu Kajian kes. Tanjong Malim: Fakulti Sains Kognitif dan        Pembangunan Manusia, Universiyti Pendidikan Sultan Idris.

No comments:

Post a Comment

RUMUSAN BAB 14

BAB 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN PENDAHULUAN Kebanyakkan masa pelajar menjalankan sesi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) ada...