PENDAHULUAN
Mengurus adalah satu alat
utama yang penting bagi mengawal kelakuan dan sikap pelajar. Masalah yang
timbul dalam kalangan pelajar dapat diatasi sekiranya guru bijak menguruskan
pelajar terutama di dalam bilik darjah. Definisi pembelajaran pula ialah perubahan
dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk satu perkaitan yang
baharu atau sebagai potensi yang dapat menghasilkan tindak balas yang baru.
Menurut Frytetal (2003), pembelajaran adalah perubahan yang berlaku dalam
tingkah laku pelajar yang di dididik hasil daripada penglibatan daripada satu
pengalaman pendidikan. Mengurus pembelajaran merupakan satu aspek penting bagi
seorang pendidik supaya proses pembelajaran berjalan dengan lancar.
ISI-ISI PENTING
Antara
aspek pembelajaran yang harus dititikberatkan oleh pelajar adalah pengurusan
masa yang berkesan, kaedah pembelajaran yang efektif dan disiplin dan tingkah
laku diri. Pelajar-pelajar perlu merancang jadual waktu belajar dan harian. Hal
ini supaya mereka tidak tercicir daripada apa-apa topik yang telah diajar oleh
guru. Murid harus bijak mengurus masa dengan menggunakan masa lapang dengan
perkara-perkara yang berfaedah. Selain itu, murid harus fokus dan membuat nota
sendiri setipa topik yang telah dipelajari agar lebih mahir topik tersebut. Kaedah
pembelajaran secara mendengar dan mengingat lebih baik supaya mereka tidak
mudah lupa sesuatu pembelajaran. Motivasi pelajar untuk sentiasa kuat jati diri
dan bersemangat penting agar mereka tidak hanyut daripada tujuan sebenar. Jiwa
pelajar juga harus dididik dengan menghormti ibu bapa, orang-otrang lebih tua,
rakan sebaya dan guru-guru.
Seterusnya,
cara guru untuk mengurus pembelajaran yang efektif ialah guru perlu mengambil
kira perbezaan individu. Sebelum proses pembelajaran dilakukan, guru perlu
menseimbangkan kaedah, skop serta aktiviti pembelajaran. . Hal ini kerana,
kebiasaan sekolah mengkategorikan pelajar mengikut pencapaian kademikdan
kebolehan diri mereka. Rancangan Pengajaran Harian (RPH) juga harus dirangka
dan disiapkan terlebih dahulu supaya proses pembelajaran yang dibawa difahami
oleh pelajar dengan mudah dan berkesan. RPH yang baik harus lengkap dengan
objektif, teknik dan kaedah pembelajaran yang lebih menarik selaras dengan
Pembelajaran abad ke-21.
Strategi
pengurusan yang biasa digunakan dalam bidang pendidikan adalah dengan
menggunakan pendekatan berpusatkan pelajar. Kaedah ini menjurus lebih kepada
pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran yang guru sediakan
dan guru pula menjadi fasilatator. Contohnya, kemudahan teknologi internet ini
telah mempengaruhi cara murid belajar dan cara guru mengajar menggunakan
rangkaian atas talian untuk menghubungkan guru dengan pelajar, pelajar dengan
pelajar, dan pelajar dengan bahan pembelajaran (Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
2011). Seterusnya, pendekatan guru. Guru memainkan peranan yang penting dalam
mengendalikan bilik darjah. Di dalam kelas, guru banyak memberi penerangaan
kepad pelajar berkenaan topik ini. Pendekatan ini lebih mudah dikawal dan
dirancang dan mengelakkan suasana elitis yang sering dikaitkan dengan kaedah
kumpulan.
KESIMPULAN
Selaku bakal pendidik,
haruslah bersedia dengan pembaharuan dengan menyeliakan pembelajaran dengan
nilai-nilai kerohaniaan. Guru perlulah mempunyai perancangan yang rapi dengan
membuat sesuatu keputusan. Seorang guru hendaklah melahirkan modal insan yang
mempunyai minda kelas pertama serta mengasah minda anak bangsa dengan pemikiran
yang kritis.
RUJUKAN
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. (2011). Dasar
e-Pembelajaran Negara Institusi Pengajian
Tinggi.
Frytetal (2003). Environmental Psychology (Second
Editon). New York: Holt, Rinehart
and Winston Inc.
No comments:
Post a Comment