BAB 2: INTERAKSI
DALAM PEMBELAJARAN
Sesi
pembelajaran diteruskan dengan topik ‘Interaksi dan Pembelajaran’. Guru menerangkan
dengan lebih lanjut bentuk-bentuk interaksi dalam pembelajaran. Interaksi dalam
pembelajaran membawa maksud satu jalinan hubungan di antara guru dan pelajar. Guru
dan pelajar akan sentiasa berinteraksi antara satu sama lain supaya saling
melengkapi. Interaksi antara individu merangkumi 3 kategori termasuklah
percakapan guru, percakapan pelajar dan kesenyapan. Percakapan guru terbahagi
kepada pengaruh langsung dan pengaruh tidak langsung. Guru turut mendedahkan
berkaitan jenis-jenis interaksi seperti interaksi sehala, interaksi dua hala,
dan interaksi pelbagai hala.
Tambahan
pula, interaksi antara pelajar dan guru amatlah penting dalam pengajaran dan pembelajaran
(P&P) kerana ia dapat memastikan murid faham mengenai sesuatu pelajaran.
Dalam pengajaran, guru harus memastikan objektif dan sasarannya dapat dicapai, dengan
adanya interaksi ini, ia akan meningkatkan kefahaman dan minat pelajar. Interaksi
sehala melibatkan pendekatan yang lebih memusatkan kepada guru manakala interaksi
dua hala melibatkan perbincangan atau kaedah menyoal. Interaksi pelbagai hala melibatkan
pendekatan kumpulan atau kaedah projek serta kaedah menyelesaikan
masalah. Terdapat dua aktiviti yang dijalankan termasuklah ‘copy paste’,
menara
impian dan bakat lakonan. Melalui aktiviti yang dijalankan, pelajar dapat
memahami
interaksi
yang sesuai digunakan bagi memastikan proses P&P berjalan dengan lancar
No comments:
Post a Comment