PENGENALAN
Salah satu aspek pengajaran
dalam bilik darjah yang perlu diberikan perhatian serius oleh para guru ialah
pengurusan bilik darjah dan tingkah laku murid. Ramai dalam kalangan guru
berasa keletihan dan mengalami stress disebabkan pengurusannya lemah. Pengurusan
tingkah laku merupakan bentuk kemahiran yang perlu diperoleh dan terus diasah
oleh guru (Roffey, 2002). Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai
satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat
yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai.
ISI-ISI PENTING
Oleh yang demikian, guru
perlu memainkan peranan utama dalam memastikan tingkah laku dan disiplin
pelajar dalam keadaan terkawal. Pertama, guru hendaklah mempunyai pengetahuan
tambahan tentang murid-muridnya. Maka, guru seharusnya berbincang dengan anak murid
untuk membuat senarai jangkaan-jangkaan bertingkah laku pada hari pertama
persekolahannya. Set peraturan tingkah laku yang baik perlu dibina lebih awal
bagi mengintegrasikan dengan peraturan sekolah. Kedua, pertimbangn yang
sewajarnya harus dilakukan oleh guru supaya para pelajar tidak menjadi mangsa
ketidakadilan. Oleh itu, guru hendakalah memastikan dirinya sentiasa bersabar
dan bertenang dan tidak menunjukkan reaksi negatif terhadap pelajar. Guru juga
perlu mengingatkan murid tentang peraturan dan prosedur berkaitan tingkah laku
dalam bilik darjah. Selain itu, guru perlu memastikan bahawa segala tindakan
mereka adalah bersifat profesional.
Guru wajar
mengendalikan salah laku pelajar dengan betul dengan mengenalpasti kesalahan
yang dilakukan oleh murid lalu memahami sebab disebalik salah laku berkenaan.
Guru harus peka terhadap bahasa yang digunakan mereka atau panggilan nama
terhadap murid. Langkah-langkah yang sesuai perlu dikaji dengan mendalam oleh
guru untuk mendisiplinkan murid. Guru perlu bersikap demokratik dengan
memaklumkan kepada murid tentang pilihan yang diberikan samada untuk memohon
maaf dan bertingkah lku baik atau menerima akibatnya. Guru perlu mendekati dan
menanya murid sama ada mempunyai soalan yang ingin ditanya berkaitan pelajaran atau
tugasan.
Dalam
konteks ini, guru guru boleh mengaplikasikan teknik dan modifikasi tingkah laku
sebagai garis panduan untuk mengawal sikap pelajar. Teknik ini menagamalkan
peneguhan positif seperti memberikan pujian secara berkala. Antara
teknik-teknik dalam peneguhan positif adalah teknik penghapusan atau tidak
mempedulikan, teknik memodel, teknik menghukum atau mendenda, teknik
desensitaitasi sistematik, teknik pembetualn atau terlampau, teknik tempoh masa
berehat, teknik tindak balas berharga dan teknik membentuk.
KESIMPULAN
Mengurus salah laku dalam
bilik darjah merupakan satu daripada isu pengajaran. Guru perlu berupaya untuk
melaksanakan dengan lingkungan peraturan dan garis panduan sekolah, mengaitkan
dengan murid dan memaklumkan kepada ibu bapa mengenai masalah tersebut.
RUJUKAN
Roffey, S. (2002). School
behaviour and families: Farmework for working together. London: David Fulton Publishers.
No comments:
Post a Comment