BAB 10: STRATEGI
PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN
BILIK PEMBELAJARAN
*
Umumnya, bilik
darjah ialah tempat berlakunya proses PdP yang melibatkan pelajar dan guru.
*
Khususnya ia
merujuk kepada sebuah bilik tempat berlakunya proses PdP di sekolah.
*
Biasanya
mempunyai perabot seperti kerusi meja (guru dan pelajar), almari, papan
kenyataan, dan papan hitam/putih.
*
Bagi mata
pelajaran tertentu, perabot dan alatan disediakan bersesuaian dengan mata
pelajaran berkenaan.
Jenis-jenis Pembelajaran
*
Bilik darjah
tradisi
*
Bilik darjah
terbuka
*
Bilik darjah
bercantum
*
Bilik darjah pra
sekolah
*
Bilik darjah
Pembelajaran Abad ke 21
*
Bilik darjah
multimedia
*
Bilik darjah
mata pelajaran khas
Bilik Darjah Tradisi
*
Kerusi dan meja
disusun baris demi baris.
*
Sesuai untuk
aktiviti PdP berbentuk seluruh kelas dan berpusatkan guru.
*
Murid-murid yang
mempunyai tubuh badan kecil/kurang aktif/ pendengaran yang kurang, biasanya
ditempatkan di barisan hadapan.
*
Aktiviti
melibatkan murid dalam proses PdP jarang digunakan menyebabkan murid pasif
semasa mendengar pengajaran guru.
Bilik Darjah Terbuka
*
Aktiviti PdP
biasanya dijalankan secara berkumpulan/individu di beberapa tempat di bilik
darjah secara serentak.
*
Tiada kurikulum
ditetapkan dan kebebasan diberikan kepada murid untuk memilih, merancang, dan
melaksanakan aktiviti pembelajaran diminati.
*
Ujian,
peperiksaan, dan pemberian markah tidak diutamakan, malah dikurangkan kepada
peringkat minimum.
*
Murid-murid
bebas untuk memilih kumpulan atau melaksanakan projek secara individu.
Bilik Darjah Bercantum
*
Umur murid-murid
dalam sesebuah kelas bercantum adalah berlainan, mengikut tahun persekolahan
mereka.
*
Bilangan murid
dalam satu tahun persekolahan tidak melebihi 14 orang.
*
Semasa guru
mengajar murid dalam satu tahun persekolahan, murid-murid dari tahun
persekolahan yang lain akan ditinggalkan untuk menjalankan aktiviti
pembelajaran sendiri.
*
Biasanya
melibatkan sekolah-sekolah di kawasan terpencil/pedalaman dengan bilangan
penduduk yang tidak ramai.
Bilik Darjah Prasekolah
*
Kanak-kanak
dalam lingkungan 4-6 tahun.
*
Tempat melatih
kanak-kanak dalam pendidikan asas secara informal.
*
Kebanyakan
aktiviti pembelajaraan melibatkan permainan.
*
Dinding dihiasi
dengan gambar/carta/kad berwarna warni.
Bilik Darjah Multimedia
*
Dilengkapi
dengan komputer untuk aktiviti PdP.
*
Pelajar
digalakkan memperoleh maklumat melalui internet.
*
Strategi PdP
adalah berpusatkan pelajar dan bahan.
*
Guru berperanan
sebagai fasilitator.
*
Interaksi
pelajar dengan komputer adalah lebih banyak daripada interaksi sosial.
Bilik Darjah Mata Pelajaran Khas
*
Menjalankan
aktiviti seperti amali/projek tertentu.
*
Bilik darjah
dilengkapi dengan alatan yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti
amali/projek (misalnya sinki, paip air, dll).
*
Meja-kerusi
disusun mengikut kumpulan.
STRATEGI PENGURUSAN
BILIK DARJAH
Saiz Bilik Darjah
*
Saiz bilik
darjah penting kerana ia menjamin keselesaan murid.
*
Ukuran bilik
darjah untuk 40 orang murid = 7m x 9 m.
*
Mempunyai ruang
yang cukup untuk bergerak dan menjalankan aktiviti.
Susunan Bilik darjah
*
Susunan bilik
darjah mempengaruhi faktor psikososial murid dan gaya pengajaran guru.
*
Seharusnya
memberi kemudahan kepada murid menjalankan aktiviti pembelajaran berpusatkan
murid dan aktiviti kumpulan.
Peralatan
*
Kerusi dan meja
murid (mesti sesuai dengan keadaan fizikal murid)
*
Kerusi dan meja
guru
*
Papan
hitam/putih
*
Papan kenyataan
(Jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut mata
pelajaran, sudut bacaan dan rujukan)
*
Rak buku
*
Bahan pengajaran
dan pembelajaran
Pencahayaan dan Pengudaraan
*
Mempunyai
tingkap dan pintu yang mencukupi.
*
Tingkap dan
pintu dibuka untuk membolehkan udara masuk.
*
Bilik darjah
yang gelap dan tidak cukup terang akan menjejaskan penglihatan murid.
*
Situasi ini
menyebabkan murid mudah berasa letih dan mengantuk.
Ciri Keselamatan
*
Ruang kerja
selesa – susun atur perabot
*
Ruang kerja
bersih dan selamat – tiada kesan minyak
*
Cahaya dan
pengudaraan yang cukup
*
Tempat
pengendalian enjin – pengudaraan yang cukup
*
Sudut
pameran/hasil kerja murid
*
Stor (bilik
khas/almari) untuk menyimpan alatan dan bahan
*
Papan tanda
“LARANGAN” “BAHAYA” yang jelas untuk kawasan mesin
Bilik Darjah Pembelajaran Abad ke 21
*
Kerusi dan meja
disusun mengikut kumpulan.
*
Murid-murid
dibahagikan kepada beberapa bentuk kumpulan mengikut tahap kebolehan.
*
Menggalakkan
interaksi antara guru-murid dan murid-murid.
*
Aktiviti murid
dapat dilaksanakan dalam keadaan aktif.
*
Murid dibenarkan
bergerak dan berbincang dengan guru atau rakan-rakan.
No comments:
Post a Comment