BAB 6: PENGURUSAN
BIMBINGAN DAN PENASIHATAN
Konsep Bimbingan
Bimbingan adalah satu
proses membantu individu atau kelompok pada bila-bila masa untuk mengembangkan
kapasiti mereka agar dapat membuat pilihan yang bijak dari aspek peribadi,
sosial, akademik, kerjaya dan sebagainya semi masyarakat amnya dan individu
khasnya.
Bimbingan juga adalah
proses untuk membantu individu memahami dirinya dan dunia sekelilingnya supaya
ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaa dan bakat yang ada dengan sepenuhnya.
Bimbingan adalah
merupakan bantuan atau pertolongan yang diberi kepada pelajar-pelajar biasa
atau yang normal yang mengalami P&P mental, sosial, intelek, fizikal,
emosi, kejiwaan dan kerohanian. Bimbingan juga merupakan proses pembentukan
maklumat dan nilai individu itu sehingga dia sapat menentukan tindakan yang
wajar di ambil pada masa sekarang dan pada masa hadapan.
Konsep Kaunseling
Kaunseling merupakan
proses untuk membantu perhubunganberdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang
dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk
mencapai suatu perubahan. Kemajuan dan penyesuaian yang holistik, baik dan
sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan
berterusan sepanjang hayat klien. Menurut Persatuan Kaunseling amerika pula,
kaunseling merujuk kepada aplikasi prinsip-prinsip kesihatan mental, psikologi
atau perkembanganmanusia serta strategi intervensi kognitif, afektif atau
tingkah laku bagi menangani isu-isu yang berkaitan dengan pertumbuhan peribadi,
perkembangan kerjaya atau patologi.
Elemen PENTING dalam
Kaunseling
1. Kaunseling adalah
profesion
2. Kaunseling berkaitan
dengan kesejahteraan, pertumbuhan, personal, kerjaya dan patologi.
3. Kaunseling
dijalankan ke atas individu yang normal dan yang mempunyai masalah.
4. Kaunseling dilakukan
mengikut teori.
5. Proses yang
melibatkan perkembangan dan intervensi.
6. Kaunseling mempunyai
pelbagai kepakaran.
Konsep Psikoterapi
Secara tradisional
psikoterapi berfokus kepada masalah serius yang berhubung dengan intrapychic,
internal, isu-isu personal dan konflik.
Ciri-ciri psikoterapi
secara tradisional :
1. Memberi penekanan
kepada masa lampau.
2. Celik akal.
3. Terapi bertindak
sebagai pakar.
4. Psikiatri/Psikologi
menggunakanistilah psikoterapi.
Psikoterapi melibatkan
pesakit yang berada di setting ( out patient and in patient ) yang melibatkan
penempatan seperti hospital sakit jiwa.
Beza bimbingan dan
kaunseling Bimbingan adalah membantu individu membuat pilihan menurut nilai
dirinya manakal kaunseling membantu individu membuat perubahan. Di awalnya,
bimbingan berlaku di sekolah iaitu guru membantu pelajarmembuat keputusan.
Kini, bimbingan adalah satu bahagian dari keseluruhanperkhidmatan bimbingan dan
kaunseling.
FALSAFAH PERKHIDMATAN BIMBINGAN & KAUNSELING
Bahawasanya setiap
pelajar mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi
pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap,
berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi
melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani
serta beriman dan beramal soleh.
Semua GBKSM hendaklah
dikecualikan daripada beban tugas mengajar secara tetap dan berjadual
JENIS-JENIS
PERKHIDMATAN BIMBINGAN
*PERKHIDMATAN MEMBERI
MAKLUMAT
*PERKHIDMATAN
PENEMPATAN
*PERKHIDMATAN MENCEGAH
PENYALAHGUNAAN DADAH
*PERKHIDMATAN PERUNDING
DAN RUJUKAN
*PERKHIDMATAN
PENYELARASAN SUMBER
*PERKHIDMATAN
PERBINCANGAN DENGAN IBU BAPA
*PERKHIDMATAN PENILAIAN
Perkhidmatan Memberi Maklumat
·
Mengumpul dan
menyebarkan maklumat pelajaran, vokasional, latihan dan kerjaya kepada
murid-murid. Ini dapat dilakukan melalui penerbitan risalah-risalah, buku-buku
kecil, poster, buletin dan pengendalian hari kerjaya dan pameran kerjaya.
·
Menambah dan
mengemaskini fail-fail maklumat kerjaya, peluang-peluang latihan, pelajaran,
sosial dan peribadi
Perkhidmatan Penempatan
- Membantu murid-murid
memilih kegiatan bidang kokurikulum yang sejajar dengan kebolehan, minat dan
kemampuannya.
- Penempatan pekerjaan:
(a)
menjadi penyelaras menempatkan murid-murid mengikuti program
pengalaman bekerja jika program seperti ini diadakan
(b)
membantu Bahagian Pendidikan Vaksional dan Teknik dengan
membekalkan data tentang murid-murid lepasan sekolah vakasional dan teknik
Perkhidmatan Mencegah Penyalahgunaan Dadah
·
Mengadakan
bimbingan individu atau kelompok untuk menanam dan memupuk sikap benci akan
dadah
·
Memberi
pertolongan kepada murid-murid untuk mendapatkan bantuan pemulihan atau rawatan
Memberi bantuan kepada
murid-murid supaya dapat menyesuaikan diri ke alam sekolah selepas tamat
pemulihan
Membuat penilaian dan
memberi maklum balas kepada jabatan pendidikan negeri tentang program
pencegahan penyalahgunaan dadah di peringkat sekolah
Perkhidmatan Perundingan dan Rujukan
·
Merancang
bersama-sama guru tentang cara-cara yang paling berkesan untuk megawasi
kemajuan murid-murid
·
Berunding dengan
staf sekolah tentang cara-cara untuk meningkatkan tahap prestasi khidmat
bimbingan di sekolah
·
Menolong pihak
pentadbir dan staf sekolah dalam memahami dengan lebih mendalam akan program
bimbingan di sekolah
Perkhidmatan Penyelarasan Sumber
·
Menjadi
penyelaras bagi aktiviti-aktiviti berkaitan dengan kebajikan murid-murid di
antara sekolah dengan agensi-agensi luar
·
Menjadi
penyelaras untuk kebajikan majikan, agensi-agensi kebajikan dan orang-orang
kenamaan tempatan dalam program bimbingan di sekolah.
·
Merancang dalam
menjadi penyelaras dalam usaha untuk memperkenalkan aktiviti-aktiviti bimbingan
kepada agensi-agensi tertentu dalam komuniti tempatan.
Perkhidmatan Perbincangan dengan Ibu-Bapa
·
Mengadakan
hubungan dengan ibu bapa murid-murid untuk bersama mengawasi kemajuan mereka
terutamanya dalam pelajaran
·
Menjadi
penyelaras program orientasi untuk murid-murid dan ibu bapa
·
Bekerjasama
dengan ibu bapa dalam mewujudkan disiplin di kalangan murid-murid
·
Mengadakan sesi
bimbingan keluarga jika didapati masalah yang dihadapi oleh murid-murid
berpunca dari keluarga.
Perkhidmatan Penilaian
·
Menilai model
bimbingan sebelum dilaksanakan di sekolah
·
Mengadakan
program pembimbing rakan sebaya dan program latihan
·
JENIS-JENIS KAUNSELING
·
-
Kaunseling Individu
·
-
Kaunseling Kelompok
·
Kaunseling Akademik
·
Menyediakan
kaunseling bagi menolong murid memilih mata pelajaran sejajar dengan minat,
keupayaan dan percapaian
·
Kaunseling Kerjaya
·
Menolong
murid-murid menyelesaikan masalah pemilihan kerjaya
·
Memberikan
kesedaran dan ingatan kepada murid-murid bahawa perancangan kerjaya perlu
dibuat daripada awal lagi.
·
Kaunseling Peribadi
·
Kefahaman
kendiri, iaitu membantu murid-murid secara individu untuk memperolehi maklumat
dan membentuk sikap celik akal dan nilai yang sejajar dengan kehendak-kehendak
masyarakat
·
Menolong
individu membuat keputusan yang waras serta bijaksana
·
Kaunseling Kelompok
·
Kelompok
boleh didefinisikan sebagai pengumpulan beberapa orang individu yang
berinteraksi serta mempunyai perhubungan psikologi di antara satu sama lain.
·
Menurut
Ohlsen M. M. (1997), pula menyatakan bahawa kaunseling kelompok merupakan
suatu perhubungan unik di mana klien berasa selamat untuk mebincang apa yang
membimbangkan mereka serta untuk mengenal pasti tingkah laku baru yang
diingini, mengamalkan kemahiran-kemahiran antara individu yang asas dan
melakukan tingkah laku yang baru.
Tujuan KAUNSELING :
·
·
1. Menyelesaikan
masalah jangka pendek
·
2. Mendapat
celik akal
·
3. Tingkah
laku positif
·
4. Mencapai
kebebasan psikologi
·
5. Bertindak
logik
·
6. Perkembangan
optimum
·
7. Penyelesaian
·
8. Mewujudkan
perhubungan sihat
No comments:
Post a Comment