Saturday, December 22, 2018

BAB 2: INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN


TEORI-TEORI PERKEMBANGAN MANUSIA
PSIKOLOGI

  • Sigmund Freud (1856 – 1939)
  • Erik Erikson (1902 – 1994)
  • Jean Piaget (1896 -1980)

SOSIOLOGI

  • Charles Cooley (1864–1929)
  • George Herbert Mead (1863–1931)

Tingkah laku seorang individu terbentuk oleh akal fikirannya sendiri dan peranan masyarakat sekeliling

Jean Piaget (1896 – 1980)
the role of social interactions in a child’s development
Charles Cooley (1864 – 1929)    
People’s self understanding is constructed, in part, by their perception of how others view them
George Herbert Mead (1863 – 1931)
A person’s distinct identity is developed through social interaction


SOSIALISASI
  • Proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institusi sosial.
  • Satu proses pembelajaran berterusan. Bermula dari pemindahan norma/nilai dalam keluarga/budaya
  • Apa yang dipelajari ketika kanak-kanak akan menjadi pendirian atau konsep . 
  • Semakin dewasa, manusia mempelajari lebih banyak hasil dari interaksi. 



JENIS SOSIALISASI

 



Sosialisasi Primer/ Permulaan
  1. Berlaku dalam keluarga dan memainkan peranan penting dalam perkembangan masa depan seseorang.
  2. Di peringkat ini kanak-kanak belajar dari orang dewasa/ ahli keluarga bagi membina konsep diri, personaliti, kemahiran motor, penaakulan dan kemahiran bahasa
Sosialisasi Sekunder/ Penyertaan
  1. Satu proses sosialisasi rangsangan di luar lingkungan primer (keluarga)
  2. Proses bagaimana budaya dipindahkan kepada individu melalui agen sosialisasi seperti rakan sebaya, guru, media massa, bahan ditonton/ dibaca, sekolah, gender, kelas sosial dan ras.
  3. Individu akan memilih peranan sendiri yang dirasakan sesuai untuk dirinya
Resosialisasi/ sosialisasi semula
  1. Proses seseorang menukar atau mengalihkan konsep diri dan cara hidup sedia ada
  2. Boleh berlaku dalam situasi perubahan suasana, citarasa sama ada dalam masyarakat, sekolah, bilik darjah dll


SOSIALISASI DAN PENDIDIKAN
  • Sosialisasi sebagai matlamat pendidikan di Malaysia
  • Guru & rakan sebagai agen sosialisasi
  • Sosialisasi berlaku melalui interaksi sosial antara seorang individu murid dengan guru dan rakan
  • Interaksi sosial di sekolah umumnya dan dalam bilik darjah/semasa pembelajaran khususnya

Guru Sebagai Model- Kamus Dewan edisi ke empat, model didefinisikan sebagai “Seseorang atau sesuatu yang dapat            dijadikan contoh atau teladan (untuk ditiru   atau diteladani)”
Penampilan & Bahasa Tubuh
  • Perlu menunjukkan ciri-ciri profesionalisme guru dan mengikut etika berpakaian
  • Rujuk pekeliling ikhtisas yang berkaitan untuk panduan pemakaian guru di bilik darjah
  • Bahasa tubuh menyampaikan mesej kepada murid mengenai perwatakan dan kewibawaan sebagai seorang guru
  • Senyum dan mempunyai kontak mata dengan murid
  • Gerak-geri yang bertenaga dan bersemangat

       Bahasa Tubuh
  • Ekspresi muka: senyum, tenang
  • Kontak mata: menunjukkan keprihatinan dan juga sebagai tanda amaran
  • Paralinguistik: kekuatan nada suara, tonasi, artikulasi, berhenti sejenak, dan kelajuan percakapan
  • Postur Tubuh: menggambarkan tahap minat, keterbukaan, & tahap emosi. Berpeluk tubuh, menyeluk saku
  • Pergerakan badan: tidak statik di hadapan kelas/di meja, bergerak menghampiri murid, beri peluang kepada murid yang pemalu untuk bertanya
  • Ruang peribadi dan sentuhan: peka dengan ruang peribadi murid dan sensitiviti masyarakat setempat, sentuhan pada bahu sebagai galakan
 Contoh Teladan
  • Menunjukkan minat terhadap perkara yang diajar
  • Sentiasa ceria, tenang, dan mempunyai unsur humor
  • Mengamalkan komunikasi berkesan
  • Ikhlas ketika mengajar
  • Menggalakkan semangat kekitaan dan prihatin terhadap semua murid
  • Berempati dengan masalah yang dihadapi murid
Pengetahuan yang luas
  • Sentiasa memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran dalam subjek yang diajar
  • Mempunyai pengetahuan mengenai hal ehwal semasa
  • Bersikap kreatif dan inovatif dalam pengajaran
Sifat Kepimpinan
  • Kepimpinan autokratik, demokratik, dan laissez-faire
  • Menggunakan kepimpinan yang bersesuaian dengan situasi

Dinamika dalam Bilik Darjah
  • Pembentukan kumpulan-kumpulan kecil yang mempunyai ciri, nilai, tingkah laku, dan minat yang sama.
  • Kajian sosiometri untuk mengenal pasti pola interaksi dan persahabatan dalam bilik darjah.
            - murid yang disukai/paling berpengaruh
            - kelompok-kelompok kecil yang rapat
            - murid terpinggir/tidak disukai
Faktor yang mempengaruhi pembentukan dinamika dalam bilik darjah
  • Jantina
  • Bangsa/agama
  • Status sosioekonomi
  • Pencapaian akademik
  • Personaliti
  • Gaya pembelajaran


Peranan guru dalam dinamika kumpulan
  • Mengenal pasti bentuk dinamika kumpulan dalam bilik darjah
  • Memberi perhatian kepada kumpulan murid yang terpinggir/tidak disukai
  • Menggunakan kuasa penularan
  • Bimbing kumpulan untuk membentuk ciri-ciri yang diingini
  • Guru sendiri bertindak sebagai model

Interaksi dalam Pembelajaran
  • Saling tindakan/berhubungan antara dua atau beberapa pihak.
  • Interaksi dua pihak: interaksi seorang guru dengan seorang muridnya.
  • Interaksi beberapa pihak: interaksi murid-murid dalam aktiviti pembelajaran
  • Interaksi lisan dan bukan lisan
Jenis Interaksi
1.      Interaksi Sehala
·         Gaya kepimpinan/pengelolaan aktiviti pembelajaran secara AUTOKRATIK
·         Pembelajaran berpusatkan guru
·         Guru sebagai pemberi/penyampai maklumat dan kemahiran manakala murid sebagai penerima maklumat
·         Murid bersikap pasif, jarang berkomunikasi dengan guru atau murid yang lain.
·         Kurang berkesan sekiranya diamalkan pada keseluruhan proses P&P
·         Sesuai digunakan semasa memberi arahan/taklimat atau fakta penting kepada murid

2.      Interaksi Dua Hala
·         Penyertaan murid alam P&P melalui interaksi guru-murid.
·         Guru bertanya murid tentang pengajaran yang disampaikan untuk menilai kefahaman murid
·         Murid bertanya soalan sekiranya tidak memahami pengajaran
·         TIADA interaksi antara murid-murid

3.      Interaksi Kumpulan
·         Gaya kepimpinan/pengelolaan aktiviti pembelajaran secara DEMOKRATIK
·         Interaksi aktif berlaku antara guru-murid dan murid-murid
·         Guru bertindak sebagai fasilitator
·         Murid-murid saling berbincang dan berkomunikasi
·         Mewujudkan kerjasama, hormat-menghormati, toleransi, bertukar fikiran, dan tolong-menolong
·         Sering diamalkan dalam tugasan amali, projek, dan pembentangan

Cara membentuk interaksi yang sihat dalam pembelajaran
  • Mengamalkan sistem demokratik dalam proses pembelajaran
  • Penyoalan dalam pengajaran
  • Mempelbagaikan aktiviti pembelajaran
  • Menggunakan kaedah pembelajaran koperatif
  • Menggalakkan pembelajaran dalam kumpulan kecil
  • Memupuk sikap yang betul terhadap interaksi









No comments:

Post a Comment

RUMUSAN BAB 14

BAB 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN PENDAHULUAN Kebanyakkan masa pelajar menjalankan sesi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) ada...