BAB 7: PENGURUSAN
SUMBER
Konsep Pusat Sumber
• Suatu tempat - yang
memberikan suasana pembelajaran kendiri yang selesa.
• Perkhidmatan - yang
ditawarkan membolehkan pelanggan mendapat dan mengamal kemahiran dalam
pembelajaran.
• Koleksi bahan - yang
disediakan lengkap dan kemaskini sejajar dengan perkembangan pendidikan.
• Agen perubahan - yang dapat
memupuk potensi dan minat pelanggan di bidang pembelajaran.
Objektif Pusat Sumber
- Kecemerlangan pendidikan
- Penggunaan kemudahan
- Pemupukan tabiat belajar
- Penghasilan bahan
- Perkhidmatan pembelajaran
- Kemahiran maklumat
Fungsi Pusat Sumber
- Mengenal pasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan ko-kurikulum
- Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan dalam proses pembelajaran
- Tempat pemilihan dan penilaian bahan sebelum digunakan
- Pintu masuk maklumat dari agensi luar
- Mendapatkan panduan mencari, mengguna, menghasil dan mempersembahkan maklumat keperluan kurikulum
- Penggalak aktiviti membaca dan kemahiran maklumat
- Pengembangan kemahiran pembelajaran kendiri
- Penyedia keperluan terkini teknologi pendidikan
- Penyedia perkhidmatan reprografi dan rakam salin
Ciri-ciri pusat sumber yang berkesan
- Warga sekolah tahu dan kenal pengurus PSS
- Terdapat pelbagai aktiviti galakan penggunaan PSS
- Perkhidmatan dan koleksi digunakan dalam proses PdPc
- Lokasi PSS di tengah-tengah kawasan sekolah agar mudah dan cepat dikunjungi
- Warga sekolah suka dan senang datang menggunakan PSS.
- Warga sekolah faham peranan PSS sebagai khidmat bantu kurikulum
- Mempunyai koleksi yang sesuai, mencukupi, terkini dan menarik .
Langkah pembentukan pss
berkesan
- Penubuhan AJK dan pelantikan kaki tangan.
- Rancangan pengoperasian
- Rancangan pengurusan perkhidmatan
- Latihan dan bengkel untuk kaki tangan (petugas)
- Pengurusan kemudahan fizikal dan keceriaan.
- Orientasi dan penerangan kepada pelanggan
- Kemas kini rekod pengurusan (koleksi)
- Promosi dan galakan penggunaan.
- Penyemakan stok & penyediaan laporan tahunan
Pembelajaran Berasaskan
Sumber
·
meliputi satu mata pelajaran tertentu atau melibatkan
berbagai disiplin pelajaran
·
dibimbing oleh guru dan berpusat kepada murid
·
bersifat individu atau secara kumpulan
·
menggunakan bahan bagi pembelajaran secara individu
atau kumpulan
Komponen Pembelajaran
Berasaskan Sumber
·
penggunaan buku teks
·
aktiviti penelitian
·
pencarian bahan dari pelbagai sumber
·
latihan penyelesaian masalah
·
penggunaan alat pandang dengar.
Dasar Pembelajaran
Berasaskan Sumber
·
pengajaran melalui kerja projek
·
pengajaran unit yang berintegrasi
·
pendekatan inter disiplin
·
pembelajaran individu secara aktif
Ciri-ciri Pembelajaran
Berasaskan Sumber
- Aktiviti pembelajaran memberi penekanan kepada sumber pendidikan.
- Melibatkan pelajar belajar secara aktif.
- Dengan menyajikan berbagai pendekatan tentang bahan pembelajaran, kaedah kerja dan saluran komunikasi, motivasi belajar akan dapat ditingkatkan.
- Memberi peluang kepada pelajar belajar mengikut keupayaan.
- Lebih fleksibel dalam penggunaan waktu dan ruang belajar.
- Mengembangkan sikap yakin kepada diri sendiri dan melatih kemahiran belajar sepanjang hayat.
No comments:
Post a Comment