Saturday, December 22, 2018

BAB 12: PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA


BAB 12: PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA

PENGENALAN

         Membincangkan bagaimana pengurusan yang khusus kepada pelajar yang berkeperluan khas.
         Program-program pendidikan yang menggunakan kaedah-kaedah khusus dan sesuai untuk memenuhi keperluan-keperluan perkembangan fizikal, intelek, emosi dan sosial individu-individu yang berkeperluan khas.

PEMULIHAN
         Program pemulihan merupakan “satu program pendidikan untuk murid yang mengalami masalah dalam  penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus.”
         Murid pemulihan merupakan “Murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif”.


Konsep Pemulihan
         Mengutamakan prinsip ‘menyelesaikan masalah seawal mungkin’ supaya tidak kronik.
         Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya

Ciri-ciri Kanak Pemulihan
         Rendah diri
         Pasif
         Mengganggu rakan
         Kerap tidak hadir sekolah
         Lemah pemahaman
         Malas
         Cepat bosan


Peranan Guru
         Menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berlainan mengikut personaliti murid.
         Membentuk personaliti baik dalam diri setiap orang murid. 


Peranan Guru
         Menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berlainan mengikut personaliti murid.
         Membentuk personaliti baik dalam diri setiap orang murid. 


PENGAYAAN
         Memberi aktiviti tambahan kepada murid yang dapat menguasai satu-satu kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada itu.
         Murid-murid dapat meluaskan pengetahuan berhubung dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan unit pembelajaran secara mendatar


Konsep Pengayaan
         Melibatkan murid-murid yang berpencapaian melebihi sederhana dalam penguasaan kemahiran asas.
         Dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas di dalam atau luar kelas.
         Bercorak  belajar sendiri dan bimbingan guru pada tahap minima.

Objektif Pengayaan
         Membolehkan murid menjalani aktiviti yang lebih mencabar kebolehan mereka disamping menambahkan minat dan pengalaman yang dapat membantu mereka ke arah perkembangan diri dan bakat mereka. 


Jenis Pengayaan
         Pengayaan (mendatar) adalah aktiviti yang berdasarkan kepada kebolehan murid dalam sesuatu kumpulan.
         Pengayaan (menegak) adalah aktiviti yang berdasarkan minat dan bakat murid dalam kumpulan cerdas sahaja. 



BERKEPERLUAN KHAS
         Individuals who differ from societal or community standards of normalcy. These differences may be due to significant physical, sensory, cognitive or behavioural characteristics. Many of these children may require educational program customized to their unique needs” -Garciulo (2003)

Pintar Cerdas
         Menurut Ross (1993), pelajar pintar cerdas didefinisikan sebagai pelajar yang dikenal pasti semasa pra sekolah, sekolah rendah atau sekolah menengah yang menunjukkan prestasi bakat yang cemerlang atau menunjukkan potensi untuk melakukan pencapaian di tahap yang sangat tinggi berbanding dengan rakan sebaya yang lain.


Ciri-ciri Pintar Cerdas
         Perbendaharaan kata yang lebih luas,
         Mempunyai kematangan dari segi penggunaan istilah,
         Keistimewaan dalam matematik,
         Mencari kesempurnaan kendiri,
         Tidak mudah berpuas hati dengan jawapan yang mudah, 
         Petah berkomunikasi.

Pendidikan Pintar Cerdas
         Kurikulum akademik yang diubahsuai.
         Kurikulum sedia ada tidak sesuai dengan IQ yang tinggi.
         Mengandungi proses berfikir secara kritis dan kreatif

Autisme
Autisme bermaksud kecelaruan neurologikal otak sehingga menjejaskan fungsi otak dalam aspek-aspek kognitif, bahasa dan komunikasi, sosial dan emosi
Ciri-ciri Autisme
         Sukar berkomunikasi
         Mengelak untuk bertentang mata
         Emosi tidak seimbang
         Mencedera diri sendiri
         Sukar memahami orang lain
         Pasif

Pendidikan Autisme
         Pendidikan di sekolah kerajaan, swasta atau pemulihan dalam komuniti (PDK)
         Program bersepadu dan terancang.
         Pendekatan yang dijalankan adalah dari segi tingkah laku pelajar
         Pendidikan inklusif

Disleksia
         Disleksia merupakan keadaan di mana seseorang mengalami masalah membaca yang amat serius. Istilah lain yang digunakan untuk mengambarkan masalah ini ialah buta huruf.


Ciri-ciri Disleksia
         Disparaxia (masalah koordinasi motor-mata-tangan).
         Diskalkulia (merujuk kepada masalah matematik).
         Disgrafia (merujuk kepada bahasa).

Pendidikan Disleksia
         Pendekatan multi sensori merupakan pendekatan yang paling sesuai.
         Menggabungkan beberapa deria seperti deria rasa atau sentuhan, penglihatan, pendengaran dan pergerakan.
Deria-deria ini dijalankan serentak bagi memudahkan kaedah pengajaran terhadap pelajar disleksia


TEORI KECERDASAN PELBAGAI
         Diasaskan oleh Dr Howard Gardner pada tahun 1983.
         Menurut beliau kecerdasan bukanlah diwarisi melalui keturunan semata-mata tetapi ia juga dipengaruhi oleh faktor pemakanan, budaya, persekitaran, peluang pendidikan dan suasana pembelajaran.
         Memperkenalkan  9 jenis kecerdasan untuk mengukur tahap kecerdasan individu.

Kecerdasan Logik-Matematik
         Pelajar mempunyai kelebihan dalam matematik.
         Golongan yang mempunyai pemikiran yang saintifik, pemikiran secara heuristik, induktif dan deduktif, membuat inferens, generalisasi, perhitungan dan pengujian hipotesis.
Kemahiran dominan di bahagian otak kiri memungkinkan seseorang itu berfikir secara konseptual dan abstrak

Kecerdasan Verbal-Linguistik
         Golongan ini mempunyai kebolehan dalam menggunakan bahasa dan kata-kata dalam menyampaikan sesuatu sama ada melalui lisan atau penulisan.
         Memahami bahasa yang kompleks selain lebih sensitif dan peka terhadap sesuatu perkataan.
         Mahir dalam memanipulasikan ayat, tatabahasa atau struktur bahasa, fonologi iaitu unsur bunyi, semantik iaitu makna bahasa, pragmatik iaitu penggunaan bahasa, dan pengucapan awam.

Kecerdasan Muzik
         Golongan ini mempunyai kebolehan dalam bidang muzik sama ada menggemari, mendiskriminasi, mengekspresi, mempersepsi, membeza, mengubah dan meluahkan perasaan melalui muzik.
         Peka terhadap bunyi nonverbal iaitu bunyian daripada alam semulajadi seperti binatang, guruh dan angin.
         Kecerdasan muzikal ini mempunyai hubungan yang paralel dengan kecerdasan bahasa.

Kecerdasan Kinestetik Badan
         Individu jenis ini mempunyai kelebihan dalam menggunakan badan mereka sama ada sebahagian atau keseluruhannya dalam berkomunikasi dan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.
         Mempunyai kebolehan dalam meluahkan idea atau perasaan melalui tubuh badan mereka.
         Mereka juga bijak dalam mengimbangi pergerakan fizikal dan mental.

Kecerdasan Interpersonal
         Golongan ini berkebolehan dalam berkomunikasi dan berinteraksi dengan baik.
         Mereka berkemampuan dalam memahami dan membezakan perasaan, keinginan hati, hasrat dan tabiat orang lain.
Mudah bergaul dalam kelompok sosial dan mudah menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi yang ada

Kecerdasan Intrapersonal
         Mempunyai kebolehan dalam menilai diri sendiri dan mempunyai gambaran yang tepat tentang diri sendiri.
         Mereka berupaya dalam memperbaiki diri mereka kearah kehidupan yang lebih baik.
         Mampu menentukan hala tuju hidup mereka serta sangat berdisiplin dan mampu hidup berdikari. 

Kecerdasan Ruang Visual
         Individu ini memahami hubungan antara objek dengan ruang dan mampu mencipta imaginasi yang agak tinggi.
         Peka terhadap warna, garisan, bentuk, corak dan ruang dalam kawasan persekitaran mereka.
         Mampu berfikir diluar kotak malah berkeupayaan dalam membuat persepsi atau penilaian alam sekitar dengan tepat .

Kecerdasan Naturalis
         Mempunyai kebolehan dalam mengenal pasti, mengkategori pola, corak atau bentuk yang ada pada alam sekeliling.
         Golongan yang sangat sukakan alam sekeliling dan sangat selesa berada bersama alam terbuka.
         Sangat sensitif terhadap isu-isu mengenai alam sekitar global, isu kemanusian dan isu sejagat serta meminati unsur kejadian alam.  

Kecerdasan Eksistensialis
         Mempunyai persoalan-persoalan yang timbul tentang kehidupan realiti yang sering dilalui oleh golongan manusia.
         Golongan ini sangat gemar membaca buku-buku falsafah bagi menjawab setiap persoalan yang muncul dalam fikiran mereka.
         Golongan ini juga cenderung untuk menelaah nilai-nilai yang berkembang dalam kehidupan masyarakat, sama ada nilai-nilai tradisional ataupun nilai-nilai moden yang berkembang pada masa kini.

No comments:

Post a Comment

RUMUSAN BAB 14

BAB 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN PENDAHULUAN Kebanyakkan masa pelajar menjalankan sesi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) ada...