Saturday, December 22, 2018

RUMUSAN BAB 5

BAB 5: PENGURUSAN MURID


PENDAHULUAN
Pengurusan adalah satu proses mengagihkan input-input organisasi dengan cara perancangan, pengarahan dan pengawalan bagi tujuan mengeluarkan output yang diperlukan oleh pelanggan supaya objektif organisasi tercapai (Fadlan Jaafar, 2009). Pengurusan murid pula melibatkan aktiviti perancangan, pentaksiran, pengelolaan, pentadbiran dan juga pengawalan serta pemulihan kepada murid. Perancangan ini merupakan aspek yang paling penting kerana ianya akan menentukan objektif dan matlamat yang hendak dicapai sekaligus menetapkan kaedah-kaedah yang sesuai digunakan. 

ISI-ISI PENTING
Tiga elemen penting dalam pengurusan murid ialah mengurus rekod murid, kesediaan murid belajar dan memotivasikan murid. Aspek ini perlu diambil oleh guru-guru. Tujuan mengurus rekod murid ialah bagi memantapkan sistem pengurusan murid di sekolah dan mengemaskini rekod murid. Hal ini bagi memastikan tiada keciciran maklumat murid yang direkokan. Seterusnya, rekod murid perlu diuruskan bagi mengetahui perkembangan akademik, emosi, sahsiah dan tingkah laku pelajar. Selain guru-guru, rekod murid penting sebagai panduan kepada ibu bapa dalam memahami kemajuan dan kebolehan anak mereka dan pelajar dapat mengetahui perkembangan dan potensi diri masing-masing. Kepentingan daripada mengurus rekod murid adalah guru-guru dapat meningkatkan dan memperkasakan kaedah pengajaran berdasarkan kekuatan dan kelemahan diri para pelajarnya.
Seterusnya, kesediaan belajar. Kesediaan pelajar terbahagi kepada tiga iaitu kesediaan kognitif, afektif dan psikomotor. Kesediaan kognitif ialah peringkat perkembangan mental untuk menerima rangsangan dan memahaminya, manaakulndan berfikir serta boleh menghubungkait pengalaman sedia ada seseorang. Kesediaan afektif pula ialah pembelajaran berkesan yang dipengaruhi oleh sikap pelajar. Manakala, psikomotor mengenai kesediaan fizikal dan fungsi tubuh badan sebagai penggerak utama. Ia dipengaruhi oleh kesediaan kognitif serta afektif pelajar.
Langkah meningkatkan motivasi pelajar ialah menetapkan matlamat yang spesifik dan mencabar sesuatu yang sukar dicapai. Selain itu, guru boleh memberi idea tentang langkah-langkah yang boleh diambil bagi mencapai matlamat tersebut. Instruksi daripada seorang pakar juga perlu dalam membantu memahirkan diri dalam suatu kemahiran.

KESIMPULAN
Pengurusan murid merupakan elemen yang penting di bawah pentadbiran sekolah. Pengurusan murid yang sistematik dan terancang dapat melicinkan dan memudahkan urusan guru dalam menguruskan urusan murid seperti merekod peribadi murid, rekod pendaftaran, rekod kedatangan. Data yang disimpan boleh digunakan sebagai rujukan kepada guru kembali.

RUJUKAN
Tuan Mohd Fadlan Tuan Jaffar. (2009). Kerjaya Sebagai Guru. Kuala Lumpur: PTS          Professional Publishing Sdn. Bhd.

No comments:

Post a Comment

RUMUSAN BAB 14

BAB 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN PENDAHULUAN Kebanyakkan masa pelajar menjalankan sesi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) ada...