PENGENALAN
Semasa di sekolah guru akan
menghabiskan sebahagian besar masa mereka di dalam bilik pembelajaran. Ia
merupakan tempat di mana proses pengajaran dan pemudahcaraan berlaku.
Pengurusan bilik pembelajaran merujuk kepada proses perancangan,
pengorganisasian dan kawalan pelajar serta proses pembelajaran untuk memastikan
suasana yang berkesan. Menurut Richard (1994), menafsirkan pengurusan bilik
darjah sebagai organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku, pergerakkan
serta interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung supaya pengajaran dapat
dilaksanakan dengan berkesan.
ISI-ISI PENTING
Pelbagai jenis bilik darjah
dan ciri-ciri adalah bilik darjah tradisi, bilik darjah KBSR dan KBSM dan bilik
darjah terbuka. Bilik darjah merupakan tempat belajar bagi sekumpulan murid
untuk mengikuti pelajaran yang disampaikan oleh seseorang guru dengan
penggunaan kaedah seluruh kelas. Antara ciri-ciri bilik darjah ialah kerusi dan
meja disusun baris demi baris dan murid-murid yang bertubuh kecil/ penglihatan/
pendengarannya kurang baik ditempatkan di hadapan. Kerusi dan meja sesuai
dengan berpusatkan guru dan aktiviti melibatkan murid dalam proses pembelajaran
jarang digunakan.
Bilik
darjah KBSR dan KBSM pula menekankan aktiviti pembelajaran murid berkumpulan
dan interaksi di antara guru dengan murid serta muri dengan murid. Ruang
pembelajaran yang disediakan memudahkan murid-murid menjalankan aktiviti
pembelajaran. Ciri-ciri bagi bilik darjah ini pula adalah kerusi dan meja
disusun mengikut kumpulan dan dibahagikan kepada kumpulan mengikut kebolehan
murid-murid. Bilim darjah ini mengamalkan strategi pengajaran berpusatkan
kepada murid-murid. Ruang-ruang pembelajaran disediakan untuk memudahkan
murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran dan murid-muri menjalankan
aktiviti pembelajaran secara keadaan aktif.
Bilik
darjah terbuka pula memberi peluang menentukan dan merancang aktiviti
pembelajaran sendiri sementara pengajaran guru dikurangkan. Guru hanya sebagai
pembimbing untuk membantu murid-murid mencari bahan-bahan sendiri. Ciri-ciri
bagi bilik darjah terbuka pula adalah pengajaran dan pembelajaran tertumpu
kepada seluruh bilik darjah, pelbagai aktiviti muri dijalankan dalam kumpulan
kecil atau secara individu. Muri-murid bebas bergerak dan bekerjasama.
KESIMPULAN
Pengurusan
bilik pembelajaran yang baik tidak akan berlaku tanpa perancangan. Pengurusan
bilik darjah merupakan tugas penting yang memerlukan pengetahuan, kemahiran,
kesabaran dan komitmen yang optimum bagi memperoleh kesan yang maksimum. Guru
perlu mendapat maklumat secukupnya tentang bilik darjah dan murid-murid
terlebih dahulu. Guru yang lengkap persediaannya akan membolehkan pengajaran
dan pembelajaran berjalan dengan jayanya dan cemerlang.
RUJUKAN
Morphet, Edgar L., Johns;
Roe L. and Rellet; TheOdbre L. Educational_Organisasi and Administration, 4th ed. Englewood
Cliffs, NJ: Prentide=Hall, Inc. 1982;
Richards, J. (1994).
Reflective Teaching in Second Language Classroom, CUP.
No comments:
Post a Comment