BAB 11: PENGURUSAN
BILIK DARJAH
PENGURUSAN
BILIK DARJAH
Pengurusan
bilik darjah bermaksud bagaimana guru dan pelajar bekerja, bagaimana
mereka saling berkerjasama dan bagaimana pengajaran dan pembelajaran berlaku
(Bosch, 2006).
Pengurusan
bilik darjah adalah satu proses pembentukkan suatu alam pembelajaran serta
usaha untuk mengekalkannya dimana iklimnya kondusif untuk pelaksanaan proses
pengajaran dan pembelajaran agar objektif yang ditetapkan tercapai (Mok Soon
Sang, 2011).
Ia
melibatkan pembinaan suasana pembelajaran yang terbaik dalam bilik darjah bagi
meningkatkan motivasi pelajar dan memperkembangkan sikap tanggungjawab serta
kebolehan untuk membuat perancangan sendiri (Noraini Idris, 2009).
PERANAN
GURU DALAM MELAHIRKAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG KONDUSIF
Kedudukan
meja pelajar meja guru biasanya terletak di hadapan bilik darjah. Keadaan ini
memberi gambaran guru sebagai seorang pemerintah yang menguasai semua muridnya.
Di kedudukan ini, semua murid dapat melihat guru, dan meja guru jelas kelihatan
dari pintu darjah.
Penyusunan
kerusi meja murid dalam bilik darjah yang berbeza kebolehannya perlu dikawal,
dan ditentukan oleh guru, kerana penyusunan ini ialah cara mengawal disiplin
juga dan dengan cara itu guru harus memisahkan murid- murid yang perlu
dipisahkan atau membiarkan murid yang perlu berseorangan.
Alat
bantu mengajar (ABM)
Alat
bantu mengajar (ABM) seperti carta haruslah digantung di suatu tempat yang
sesuai supaya semua murid boleh melihatnya dengan mudah. Semasa menggunakannya,
guru haruslah membimbing murid-murid meneliti perkara yang penting supaya tidak
membazirkan masa murid-murid serta boleh mencapai hasil pembelajaran yang
dikehendaki. Jika carta itu mengandungi beberapa bahagian, guru boleh
menutupnya terlebih dahulu, kemudian menunjukkan kepada murid-murid bahagian
demi bahagian mengikut urutan penerangan guru. Cara ini boleh menarik minat
murid serta membangkitkan daya pemikiran mereka.
Papan
kenyataan
Papan
kenyataan hendaklah dilengkapi dengan jadual waktu, jadual bertugas, carta
organisasi, pelan keselamatan, sudut matapelajaran, sudut bacaan, kata-kata
motivasi.
Setiap
papan kenyataan sudut matapelajaran hendaklah diisi dengan nota-nota yang
penting.
Guru
hendaklah mengagihkan setiap sudut mata pelajaran kepada beberapa kumpulan
pelajar untuk mereka penuh kan papan kenyataan tersebut.
KEMAHIRAN
KOMUNIKASI
Konsep
Komunikasi
Komunikasi
merujuk kepada pertukaran dan pengaliran maklumat daripada seseorang kepada
orang yang lain. Proses penghantaran mesej daripada penghantar kepada penerima
dikenali sebagai komunikasi.Komunikasi berkesan hanya akan berlaku apabila
penerima memahami mesej yang dihantar dengan tepat.
Terdapat
dua jenis komunikasi:
(a)
Komunikasi lisan
(b)
Komunikasi bukan lisan.
Pola
Interaksi dalam Bilik Darjah
Interaksi
bermaksud pengaruh atau aksi dua hala.Dalam proses ini, seorang individu
berinteraksi dengan individu-individu yang lain atau bahan-bahan di dalam
persekitaran dengan tujuan mempengaruhi satu sama lain.Di dalam bilik darjah
Terdapat
3 jenis pola interaksi iaitu:
1.
Interaksi sehala -interaksi sehala daripada guru kepada murid.
2.
Interaksi dua hala -interaksi dua hala antara guru dengan murid atau
murid
dengan murid
3.
Interaksi pelbagai hala -interaksi antara guru dengan murid,murid dengan
murid
dan murid dengan guru.
Kepentingan Komunikasi
dalam Pengajaran dan Pembelajaran
- · Mewujudkan satu persekitaran pembelajaran yang aman dan harmonis.
- · Membolehkan guru memotivasikan murid-muridnya supaya berminat dalam pembelajarannya.
- · Mewujudkan hubungan yang mesra antara guru dan murid,murid dan murid supaya pembelajaran lebih menyeronokkan.
- · Penglibatan murid yang lebih aktif dan berkesan.
Halangan dan Gangguan
Komunikasi dalam Pengajaran & Pembelajaran
·
suasana kelas
yang bising.
- · Guru yang kurang berpengalaman.
- · Kepimpinan guru yang autokratik.
- · Bilangan murind yang terlalu ramai.
Langkah-langkah untuk
mewujudkan Komunikasi Berkesan dalam Bilik Darjah
1. Rancang
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang baik
2. Elak kriyik dan
melabel murid-murid
3. Guru sebagai
Role Model
4. Gaya kepimpinan
DEMOKRATIK
Pengurusan
Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P) Dalam Bilik Darjah
Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran
(P&P)
Guru perlu membuat perancangan sebelum memulakan proses
P&P.Merangkumi rancangan pengajaran harian dan rancangan pengajaran
tahunan.Guru perlu mengenal pasti tahap keupayaan pelajar, hasil pembelajaran
yang hendak dicapai, bahan bantu belajar yang akan digunakan, strategi atau
kaedah yang hendak diaplikasikan, isi pelajaran yang sesuai dengan masa.
Teknik Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
Pengurusan Disiplin
dalam Bilik Darjah
Definisi
Disiplin dalam bilik
darjah penting kerana salah satu unsur utama kejayaan dalam proses pembelajaran
Menurut Lindgren (1976)
menghuraikan bahawa disiplin membawa maksud hukuman dan kawalan untuk mematuhi
tatatertib
Menurut Oliva (1956)
disiplin merujuk kepada kawalan diri, kawalan dari luar, patuh kepada
autoriti, keadaan bilik darjah yang teratur.
Tujuan
Untuk melahirkan sifat
yang rasional, mewujudkan keyakinan diri dan ketabahan hati seseorang itu untuk
mengikut peraturan-peraturan yang diterima umum
Punca Disiplin
Kebosanan - guru gagal
menyediakan aktiviti yang menarik, mencabar dan sesuai dengan tahap pencapaian
pelajar.
Pengurusan lemah –
penyediaan guru yang lemah seperti bahan bantu visual guru yang bermasalah atau
guru tiada pengalaman mengendalikan alat bantu, terlalu banyak halangan yang
menganggu kelancaran pelajaran.
Tahap kesukaran –
pelajar mengalami kesukaran menyiapkan tugas mungkin kerana terlalu sukar,
kurang jelas, dan penggunaan bahasa yang tidak sesuai serta tempoh masa
terlalu
Keliru – pelajar keliru
dengan penjelasan guru, guru tidak memberitahu secara jelas dan menerangkan apa
yang diinginkan daripada pelajar
Keyakinan – harga
kendiri akedemik rendah dimana pelajar akan kurang yakin pada diri sendiri.
Jenis-Jenis Disiplin
(a) Disiplin antara
Guru
·
Bertanggungjawab
menentukan peraturan-peraturAn bilik darjah dan memastikan pelajar patuhi
·
Melalui disiplin
antara guru, guru punyai kuasa mutlak atas kawalan, arahan,pengurusan dan
hukuman berlandaskan peraturan yang ditetapkan
(b) Disiplin arahan
kerja
·
Diwujudkan
apabila sesuatu tugas yang diberikan oleh guru perlu diselesaikan dalam masa
yang ditetapkan
·
mempunyai ciri
motivasi yang positif kerana disiplin jenis ini dapat menggalakkan murid
menyelesaikan tugasan untuk kebaikan dan kepentingan sendiri
(c) Disiplin Arahan
Kumpulan
·
disiplin yang
diwujudkan antara ahli berdasarkan kepada norma, nilai dan kepercayaan
ahli-ahli. Oleh itu, tingkah laku pelajar dikawal semasa interaksi antara rakan
·
guru perlu
memberi bimbingan kepada ketua kumpulan supaya nilai dan kepercayaan disemai
dalam ahli kumpulan
(d) Disiplin Arahan
Diri
·
Yang melibatkan
diri pelajar bagi mematuhi peraturan
·
Biasanya wujud
secara tidak sedar apabila pelajar mencapai kematangan, boleh berfikir secara
rasional
·
Boleh juga
dipupuk melalui latihan dan bimbingan guru seperti menerangkan kepentingan dan
kebaikan peraturan, hormat-menghormati, timbang rasa, toleransi dan kerjasama
No comments:
Post a Comment