Saturday, December 22, 2018

RUMUSAN BAB 11

BAB 11: PENGURUSAN BILIK DARJAH


PENDAHULUAN
Pengurusan bilik darjah adalah satu proses pembentukkan suatu alam pembelajaran serta usaha untuk mengekalkannya persekitaran kondusif bagi menjalani proses pengajaran dan pembelajaran agar objektif yang ditetapkan tercapai (Mok Soon Sang, 2011). Justeru, suasana pembelajaran yang baik harus diwujudkan dalam bilik darjah supaya dapat meningkatkan motivasi pelajar dan memperkembangkan sikap tanggungjawab serta kebolehan untuk membuat perancangan sendiri (Noraini Idris, 2010).  

ISI-ISI PENTING
Antara peranan guru dalam memastikan bilik darjah sentiasa dalam keadaan terkawal ialah guru perlu mempelajari tentang murid. Sebagai guru, mereka perlu mendapatan maklumat dan data untuk memahami murid-muridnya kerana mereka mepunyai latar belakang  dan tingkah laku yang berbeza. Semua perbezaan daripada sikap para pelajar mempengaruhi cara dan kaedah pengajaran dalam bilik darjah.
Kedua, merancang persekitaran bilik darjah dan rutin harian. Murid-murid perlu terlibat dalam menjalankan rutin harian bilik darjah supaya bilik darjah lebih menarik dan kondusif. Penyusunan sumber dan fasiliti bilik darjah perlu mengambil kira kekemasan dan ruang pembelajaran agak lebih selesa. Ketiga. Guru perlu merancang dan menyusun pengajaran pentaksiran. Peruntukan masa yang sewajarnya perlu bagi topik-topik yang sukar supaya murid dapat memahami topik dengan lebih baik. Alat pengukuran dan penilaian untuk mengesan dan menguji pemahaaman serta penguasaan murid terhadap sesuatu topik yang dipelajari.
Ciri-ciri guru afektif pula mempunyai peribadi yang berkualiti. Peribadi yang berkualiti penting supaya digemari oleh murid-murid. Seterusnya, kompentensi pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran berkaitan topik yang hendak diajar. Mereka juga perlu tahu lebih mendalam dan mampu menghurai dan mengaitkan dengan masalah kehidupan dunia sebenar serta boleh menyelesaikan masalah yang timbul berkaitan isi kandungan pelajaran. Guru hendakalan menghayati amalan nilai keguruan. Guru merupakan suri teladan kepada pelajar. Maka, guru harus mempamerkan sikap dan tingkah laku yang baik kepada para pelajar. 

KESIMPULAN
Pendekatan atau kaedah yang dipilih oleh guu dalam menguruskan bilik darjah bertujuan bagi memastikan proses PdPc berjalan lancar. Murid-murid akan lebih seronok, bermotivasi dan mampu memberi tumpuan terhadap aktiviti pembelajaran yang dijalankan.

RUJUKAN
Mok, S. S. (2011). Psikologi Pendidikan ( 2nd ed.). Selangor: Penerbitan Multimedia.
Noraini Idris. Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill, 2010.

RUMUSAN BAB 10

BAB 10: STRATEGI PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN



PENGENALAN
Semasa di sekolah guru akan menghabiskan sebahagian besar masa mereka di dalam bilik pembelajaran. Ia merupakan tempat di mana proses pengajaran dan pemudahcaraan berlaku. Pengurusan bilik pembelajaran merujuk kepada proses perancangan, pengorganisasian dan kawalan pelajar serta proses pembelajaran untuk memastikan suasana yang berkesan. Menurut Richard (1994), menafsirkan pengurusan bilik darjah sebagai organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku, pergerakkan serta interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. 

ISI-ISI PENTING
Pelbagai jenis bilik darjah dan ciri-ciri adalah bilik darjah tradisi, bilik darjah KBSR dan KBSM dan bilik darjah terbuka. Bilik darjah merupakan tempat belajar bagi sekumpulan murid untuk mengikuti pelajaran yang disampaikan oleh seseorang guru dengan penggunaan kaedah seluruh kelas. Antara ciri-ciri bilik darjah ialah kerusi dan meja disusun baris demi baris dan murid-murid yang bertubuh kecil/ penglihatan/ pendengarannya kurang baik ditempatkan di hadapan. Kerusi dan meja sesuai dengan berpusatkan guru dan aktiviti melibatkan murid dalam proses pembelajaran jarang digunakan.
Bilik darjah KBSR dan KBSM pula menekankan aktiviti pembelajaran murid berkumpulan dan interaksi di antara guru dengan murid serta muri dengan murid. Ruang pembelajaran yang disediakan memudahkan murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran. Ciri-ciri bagi bilik darjah ini pula adalah kerusi dan meja disusun mengikut kumpulan dan dibahagikan kepada kumpulan mengikut kebolehan murid-murid. Bilim darjah ini mengamalkan strategi pengajaran berpusatkan kepada murid-murid. Ruang-ruang pembelajaran disediakan untuk memudahkan murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran dan murid-muri menjalankan aktiviti pembelajaran secara keadaan aktif.
Bilik darjah terbuka pula memberi peluang menentukan dan merancang aktiviti pembelajaran sendiri sementara pengajaran guru dikurangkan. Guru hanya sebagai pembimbing untuk membantu murid-murid mencari bahan-bahan sendiri. Ciri-ciri bagi bilik darjah terbuka pula adalah pengajaran dan pembelajaran tertumpu kepada seluruh bilik darjah, pelbagai aktiviti muri dijalankan dalam kumpulan kecil atau secara individu. Muri-murid bebas bergerak dan bekerjasama.

KESIMPULAN
Pengurusan bilik pembelajaran yang baik tidak akan berlaku tanpa perancangan. Pengurusan bilik darjah merupakan tugas penting yang memerlukan pengetahuan, kemahiran, kesabaran dan komitmen yang optimum bagi memperoleh kesan yang maksimum. Guru perlu mendapat maklumat secukupnya tentang bilik darjah dan murid-murid terlebih dahulu. Guru yang lengkap persediaannya akan membolehkan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan jayanya dan cemerlang.

RUJUKAN
Morphet, Edgar L., Johns; Roe L. and Rellet; TheOdbre L. Educational_Organisasi and Administration, 4th ed. Englewood Cliffs, NJ: Prentide=Hall, Inc. 1982;
Richards, J. (1994). Reflective Teaching in Second Language Classroom, CUP.

RUMUSAN BAB 9

BAB 9: PENGURUSAN DISIPLIN


PENGENALAN
Salah satu aspek pengajaran dalam bilik darjah yang perlu diberikan perhatian serius oleh para guru ialah pengurusan bilik darjah dan tingkah laku murid. Ramai dalam kalangan guru berasa keletihan dan mengalami stress disebabkan pengurusannya lemah. Pengurusan tingkah laku merupakan bentuk kemahiran yang perlu diperoleh dan terus diasah oleh guru (Roffey, 2002). Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai. 

ISI-ISI PENTING
Oleh yang demikian, guru perlu memainkan peranan utama dalam memastikan tingkah laku dan disiplin pelajar dalam keadaan terkawal. Pertama, guru hendaklah mempunyai pengetahuan tambahan tentang murid-muridnya. Maka, guru seharusnya berbincang dengan anak murid untuk membuat senarai jangkaan-jangkaan bertingkah laku pada hari pertama persekolahannya. Set peraturan tingkah laku yang baik perlu dibina lebih awal bagi mengintegrasikan dengan peraturan sekolah. Kedua, pertimbangn yang sewajarnya harus dilakukan oleh guru supaya para pelajar tidak menjadi mangsa ketidakadilan. Oleh itu, guru hendakalah memastikan dirinya sentiasa bersabar dan bertenang dan tidak menunjukkan reaksi negatif terhadap pelajar. Guru juga perlu mengingatkan murid tentang peraturan dan prosedur berkaitan tingkah laku dalam bilik darjah. Selain itu, guru perlu memastikan bahawa segala tindakan mereka adalah bersifat profesional.
Guru wajar mengendalikan salah laku pelajar dengan betul dengan mengenalpasti kesalahan yang dilakukan oleh murid lalu memahami sebab disebalik salah laku berkenaan. Guru harus peka terhadap bahasa yang digunakan mereka atau panggilan nama terhadap murid. Langkah-langkah yang sesuai perlu dikaji dengan mendalam oleh guru untuk mendisiplinkan murid. Guru perlu bersikap demokratik dengan memaklumkan kepada murid tentang pilihan yang diberikan samada untuk memohon maaf dan bertingkah lku baik atau menerima akibatnya. Guru perlu mendekati dan menanya murid sama ada mempunyai soalan yang ingin ditanya berkaitan pelajaran atau tugasan.
Dalam konteks ini, guru guru boleh mengaplikasikan teknik dan modifikasi tingkah laku sebagai garis panduan untuk mengawal sikap pelajar. Teknik ini menagamalkan peneguhan positif seperti memberikan pujian secara berkala. Antara teknik-teknik dalam peneguhan positif adalah teknik penghapusan atau tidak mempedulikan, teknik memodel, teknik menghukum atau mendenda, teknik desensitaitasi sistematik, teknik pembetualn atau terlampau, teknik tempoh masa berehat, teknik tindak balas berharga dan teknik membentuk. 

KESIMPULAN
Mengurus salah laku dalam bilik darjah merupakan satu daripada isu pengajaran. Guru perlu berupaya untuk melaksanakan dengan lingkungan peraturan dan garis panduan sekolah, mengaitkan dengan murid dan memaklumkan kepada ibu bapa mengenai masalah tersebut.

RUJUKAN
Roffey, S. (2002). School behaviour and families: Farmework for working together.          London: David Fulton Publishers.

RUMUSAN BAB 14

BAB 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN PENDAHULUAN Kebanyakkan masa pelajar menjalankan sesi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) ada...